Monday, December 20, 2010

~~~Sinar masih bergemerlapan!

    
     Malam ini Anis boleh tidur dengan lena. Abang Arish dah memberinya pengesahan dan kesahihan. Anis tidak perlu ragu-ragu lagi, abang Arish akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Dah lama dia tertunggu-tunggu untuk mendengar keputusan abang Arish. Hendak mengetahui isi hati abang Arish kepadanya. Dia perempuan, mana boleh 'perigi mencari timba.' Pernah sebelum ini Anis ingin bertanya tentang siapakah teman istimewa abang Arish, ingin mengetahui sama ada abang Arish mempunyai sesiapa yang dianggap istimewa, namun dipendamkan sahaja, kerana perasaan segan masih menebal dalam dirinya.
     "Abang selalu perhatikan Anis, seorang gadis yang lemah-lembut, ayu dan masih kaya dengan adat ketimuran,"ujar abang Arish. Anis seorang gadis yang mempunyai sifat yang amat ideal bagi abang, dan hari ini abang ingin melamar Anis, abang nak jadikan Anis teman hidup abang,"sambung abang Arish lagi. 
Anis memandang abang Arish dengan penuh tanda tanya, dia ingin kepastian betul ke apa yang didengarinya. Bermimpikah Anis, atau abang Arish saja-saja bergurau dengannya. Rupa-rupanya Anis tidak bermimpi, abang Arish begitu serius. Betul-betul melamar Anis. 
     Entah mengapa sejak kebelakangan ini, hubungan mereka dingin sahaja, abang Arish dah jarang datang ke rumah Anis. Tidak diberitahu sebabnya. Anis sedih dan kecewa bila memikirkannya. Atau mungkin abang Arish sibuk. Kerinduan Anis kepada abang Arish semakin menebal, namun dia tetap bersabar. Beberapa hari Anis menangis teringatkan apa yang berlaku, dia tidak tahu di mana silapnya, sama ada dia telah melakukan kesalahan kepada abang Arish, atau abang Arish tersinggung dengannya. Puas difikirkan namun buntu...tak pernah pula dia menyinggung perasaan abang Arish. 
      "Helo, termenung je, ingatkan orang yang disayangi ke,"usik Razlan. Anis senyum hambar kepada Razlan. Hatinya masih belum pulih. Kedatangan Razlan membuatkan ingatan kepada masalah yang ditanggungnya itu terpadam. Dia cuba tunjukkan wajah yang ceria kepada Razlan, kawannya itu. Setiap hari, Razlan datang bersembang dengannya, membuatkan hati Anis terhibur. Razlan tidak suka melihatnya termenung atau duduk-duduk tanpa sebarang pekerjaan yang hendak dibuat, boleh mengganggu fikiran katanya. Anis sedikit sebanyak menuruti nasihat Razlan.
     Suatu hari Razlan menyuarakan sesuatu yang amat bermakna baginya, ingin menyuntingnya sebagai teman istimewa. Semua itu, membuatkan Anis terkenangkan abang Arish. Dia dah nekad takkan menerima cinta sesiapa lagi selepas abang Arish. Luahan hati Razlan mengejutkannya. Dia juga sayangkan Razlan, sayang sebagai seorang sahabat,tidak lebih dari itu. Anis yakin suatu hari nanti, abang Arish akan datang semula kepadanya. Pabila mendengar luahan abang Razlan, Anis cuba bersuara untuk menjawabnya,namun tidak sempat disuarakan kerana abang Razlan terlebih dahulu menyuarakan hasratnya itu bersungguh-sungguh dan serius. Dia mengharapkan Anis tidak mengecewakan harapannya. 
     Perhubungan dengan abang Razlan sudah memakan masa selama setahun. Anis seolah-olah kembali pulih seperti sediakala. Ingatannya kepada abang Arish telah terpadam. Dia terhibur dengan usikan abang Razlan, yang begitu cakna dan mengambil berat kepadanya itu. Kini, seolah-olah kesedihan berpisah dengan abang Razlan tidak pernah wujud dalam hidupnya. Anis bertukar menjadi seorang yang ceria sekarang.
     Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Setelah kedua-dua keluarga berbincang dan bersetuju, maka kedua-duanya akan meneruskan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Hari ini, suasana di rumah Anis begitu meriah dengan sanak-saudara yang datang meraikan majlis perkahwinan mereka. Hari yang amat bersejarah dan penting dalam hidup Anis dan Razlan. Hari paling gembira bagi Anis dan Razlan. 






     

No comments:

Post a Comment