Nisha pulang awal dari kerja,tidak seperti hari-hari biasa sebelum ini, dia rasa badannya tidak sihat, kalau boleh mahu segera pulang untuk berehat. Badannya tidak bermaya, seram sejuk rasanya. Dia mempercepatkan langkahnya agar tiba cepat ke kereta. Kepalanya pening, mungkin kerana tidur lewat malam tadi. Entah bagaimana dia hendak memandu pulang dengan baik. Nisha tetap kerahkan seluruh semangat agar lebih berdaya. Dia memandu dalam keadaan badannya yang tidak sihat.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjDIRHpXCzVaKVnLDCPxWd8foktzHA_o1pRvOnviEhBFc2ecjcmVGcD5LAOzgmplCoDXez8nRpVCH4Vf33IVoCj1_bBo3Rc0n8jqz_rso0N1sc8gvVZTxjsJ3hCY874s9Bv54rRGsOf7A/s1600/155605_134974863222698_100001305540463_161613_3120925_s.jpg)
Dalam masa 2 hari bercuti, fikiran dan mindanya pulih dan badannya kembali sihat. Esok, pasti Nisha dapat masuk kerja semula. Bidang pekerjaan yang diceburinya memerlukan dia bergaul dengan semua orang.
Kekadang dia malas nak layan bila ada yang perasan. Niat Nisha kekadang disalahertikan, ada yang buruk sangka, jika Nisha terlalu peramah. Ada juga yang tidak kisah kerana faham dengan sikap Nisha yang sememangnya gemar berkawan. Semua itu membuatkan Nisha lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja. 'Menyayangi kepada sesiapa yang sayang,' dan 'Sayang kepada sesiapa yang menyayangi,' begitu motto yang diamalkannya. Kalau terdapat masalah, Nisha undur diri sahaja...dia tidak mahu masalah tersebut membebaninya...dia hendak semua menerimanya dengan sikapnya yang betul-betul ikhlas berkawan dengan semua orang. Baginya,'kawan tetap kawan,'tidak lebih dari itu.
Nisha telah mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Punya anak-anak hasil perkongsian hidup dengan Azhar. 5 orang anak lelaki, semua masih bersekolah. Setiap hari, walaupun kepenatan dengan kerja-kerjanya di pejabat,dia masih lagi berpeluang untuk bermesra dengan anak-anak kesayangannya. Suami dan anak-anak pembawa semangat baginya. Kepenatannya terus terubat tatkala bersama suami dan anak-anaknya. Hilang segala masalah di tempat kerja.
Kerja dan rumahtangga berjalan seiringan. Rumahtangga tidak diabaikan...namun ada juga suara-suara sumbang yang didengari dalam kesibukan mengejar kerjaya. Semua itu tidak dipedulikan kerana Nisha sedar siapa dirinya...'Nisha tetap Nisha...' Kesibukan kerjaya dan rumahtangga juga tidak menghalangnya untuk menimba ilmu agama,'panduan nd pegangan untuk dunia dan bekalan untuk akhirat.' Jiwanya sentiasa tenang walaupun banyak yang perlu diberi tumpuan.
Baginya 'usaha' amat penting untuk 'kejayaan,' kejayaan dalam semua aspek, diiringi dengan doa dan mohon keberkatan Allah Taala...
No comments:
Post a Comment