Friday, December 3, 2010
Sumber inspirasiku...
Alangkah gembiranya hati Syuha sekarang, abang Syam begitu mengambil berat tentang dirinya.Syuha sentiasa diingatkan oleh abang Syam agar menjadi seorang insan yang baik, hormatkan emak dan ayah, orang tua, cuba jadikan diri insan solehah, ingat solat lima waktu dan rajin-rajin belajar agama untuk pegangan hidup,agar sentiasa disayangi dan dihormati. "Bahagia...,"detik hati Syuha. Dalam diam-diam abang Syam menjadi sumber inspirasi baginya.
Sebenarnya, Syuha berkenalan dengan abang Syam melalui facebook. Tidak pernah mengenali atau berjumpa sekalipun dengan abang Syam.Syuha sendiri tidak pernah bertanya tentang peribadi abang Syam, dia tidak mahu mengganggu hidup abang Syam,cukuplah persahabatn antara Syuha dengan abang Syam melalui facebook sahaja. Tidak pernah terfikir untuk pergi lebih jauh.
Persahabatan antara Syuha dengan abang Syam dah berjalan selama 2 tahun, hanya melalui facebook sahaja. Syuha tidak aktif facebook, hanya mengambil peluang untuk bersembang dengan abang Syam dan kawan-kawan lain.Lebih senang dan cepat, sebagaimana yang dikatakan oleh semua kawan lain,lebih 'jimat' daripada menggunakan telefon bimbit. Walaupun dah 2 tahun berkawan dengan abang Syam,namun abang Sayam tidak pernah meminta nombor telefonnya, atau bertanyakan alamatnya. Syuha bahagia tika bersembang dengan abang Syam. Banyak manfaat yang diperolehi melalui abang Syam...nasihat abang Syam sentiasa dituruti. Syuha merasakan dirinya ceria setelah berkawan dengan abang Syam, yang terlalu mengambil berat tentang dirinya.
Tiba-tiba Syuha tersentak mendengar bunyi kereta masuk ke kawasan halaman rumahnya, tika itu dia asyik membantu emak di dapur,mengemas pinggan-mangkuk dan menyediakan makan tengah hari. Lagipun tengah hari ini, masakan emak terlalu istimewa baginya. Mesti makan dengan berselera nanti.Dia meninggalkan kerjanya di dapur,lalu menjenguk melalui jendela rumah.Pintu besar masih tidak dibukanya. Ooop, seorang jejaka segak kelihatan keluar dari kereta tersebut.Kedengaran ketukan pada pintu besar. Berdebar juga Syuha untuk membukanya, entah siapa yang datang, mungkin penjual barangan.Kadangkala ada juga mereka datang untuk menunjukkan hasil barangan mereka!
Sebaik sahaja,pintu dibuka, Syuha terpandang seorang jejaka segak sedang berdiri dengan senyuman di bibirnya. Syuha seolah-olah mengenali jejaka tersebut.Pening kepalanya sekejap memikirkan di manakah dia bertembung dengan jejaka tersebut. "Berkhayal kerana terserempak dengan jejaka encem ke,"bisik jejaka tersebut antara dengar dengan tidak ke telinganya, terlalu perlahan suaranya tika itu. Terasa merah padam wajah Syuha ketika mendengar bisikan tersebut.Wah, romantiknya...laung hati Syuha.
"Abang Syam."tiba-tiba keluar suara dari mulutnya. Bulat mata Syuha kerana terkejut. Panik seketika...
Entah apa yang hendak dijawabnya. Tidak disangka-sangka,tiba-tiba abang Syam yang selama ini bersembang melalui facebook dengannya, tiba-tiba tercegat di hadapan pintu rumahnya.
"Tak nak jemput abang masuk ke Ain Nasyuha,"terdengar suara romantik abang Syam bergurau.
Dah lama Syuha merindui abang Syam, cara abang Syam bersembang dengannya melalui facebook, cara abang Syam mengambil berat tentang dirinya walaupun belum mengenalinya, membuatkan Syuha terpikat!
"Oh, silakan masuk, emak dan ayah ada kat dalam," kata Syuha sambil tersenyum manis dan gembira.
Gembira kerana abang Syam yang dirinduinya selama 2 tahun, telah datang mancarinya!Telah datang menemuinya...
"Mak dan ayah bersetuju aje, Syuha, lagipun sebenarnya emak dan ayah dah lama mengenali Mohd Syamsul Ariffin tu, dia anak Mak Som kamu.Lagipun Mak Som kamu tu telah menceritakan semuanya kepada mak dan ayah hajat mereka tu...Syampun dah beberapa kali menelefon mak dan ayah,akhirnya sampai juga hajatnya hendak datang ke rumah berjumpa dengan kamu,"beritahu emak.
Tidak disangka-sangka langsung abang Syam, pandai dia berpura-pura kononnya belum mengenali Syuha, tika bersembang melalui facebook. Rupa-rupanya dah lama mereka merancang semuanya. Syuha aje yang belum mengetahuinya. Syuha bahagia dan gembira mendengar semuanya,bahagia kerana akan dapat hidup bersama-sama dengan abang Syam kelak!Bukan fantasi melalui facebook, namun kenyataan,insyaallah!
Sekarang,Syuha berdebar-debar menunggu tibanya hari yang penuh bermakna dalam hidupnya, sebagaimana yang telah dibincangkan oleh kedua belah pihak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment