![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwKT4Dtd94uW0k4azyc84D1azrl_8mXBjjNX5TsKTaC-8kfnIOSKsNFRuiZtm0rT9xF4woR255rHFjL-QMd58bdxUr9jR2OBKay0oF1xHe6N622j_9xDRGCadtc8rusVv7CsbCFVV1Rzs/s1600/25547_416143306302_178601311302_5770114_8151737_s.jpg)
Tik tok, tik tok,jam ayamku berbunyi mengejutkan tidurku,aku rasakan baru sahaja nak pejamkan mata ...belum puas lagi tidurku, bisinglah...Ya Allah, dah pukul 6 pagi. Tak boleh jadi ni, terpaksa bersiap cepat, tak boleh tidur-tidur lagi, hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu, bagaimanakah agaknya sekolah tempat aku akan bertugas nanti.
Gedebab,gedebub,gementar hatiku bukan kepalang, sampai juga aku ke sekolah tersebut. Begitu cantik persekitaran sekolah ini, entah bagaimana kawan-kawanku di sini nanti.Guru Besarnya menyinga atau tidak, entah-entah tak ada yang hendak menegurku.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5js4SX2spFRk756aSl3sKJt5G6AqmyPoJ-L16LD5EDOT0GUco8cfWlMpXM7jYtFA4byy-UisjHIhvFu7oTfPttm8Ul9fEeStZ0zEEG30pD5nFdFNi0EBvosL7I3Qp0YvwdFUAsfMH9aU/s1600/63353_475217611302_178601311302_7302008_2781079_s.jpg)
Bagaimana pula reaksi anak-anak muridku nanti, eee,tak malunya, belum apa-apa dah perasan ada anak murid. Hari pertama suaikenal dahulu, beberapa kelas dimasuki, alhamdulillah, berjalan lancar juga. Pasti seronok berada dan bertugas di sini nanti.
Loceng telah berbunyi, menandakan sesi persekolahan hari pertama sudah tamat, aku pulang dengan perasaan gembira, gembira kerana kedatanganku disambut dengan tangan terbuka oleh semua guru di sini, paling seronoknya mereka semua peramah, hari pertama dah banyak bergurau denganku...
Malam itu, aku tidur agak lewat untuk menyiapkan Buku Persediaan Mengajar, esok aku akan masuk ke kelas dengan pengajaran-pembelajaran pertamaku, sebagai seorang guru. Aku tahu masih banyak perkara yang perlu dipelajari di sekolah, banyak cabaran yang akan kutempuhi...untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi!
No comments:
Post a Comment