Friday, December 10, 2010

Dia atau Arman...

  
 "Abang bersedia menolong awak, kalau ada apa-apa masalah, jangan pendamkan,"kata Arman kepada Arni.Arni terpinga-pinga mendengar penerangan Arman.Amat sukar baginya untuk menerima pertolongan daripada seseorang yang bernama jejaka. Dia tidak biasa dengan keadaan tersebut, namun kelembutan suara Arman kepadanya, membuatkan hatinya percaya bahawa jejaka yang sedang berada di hadapannya itu terlalu ikhlas.
     "Abang tidak perlu bersusah-pauah untuk saya, banyak masalah yang timbul nanti, lagipun abang banyak lagi perkara lain yang hendak difikirkan,"jawab Arni. Arman selalu sahaja menunggunya, sebaik sahaja tiba waktu pulang dari kerja. Arman telah menyuarakan kepadanya untuk menganggap Arni sebagai 'adiknya.' Aku hanya diam sahaja,tanda setuju dengan penerangan Arman hari itu. Dalam hatinya, terfikir bahawa Arman betul-betul ikhlas. Lagipun Arman tiada adik perempuan.
     Persahabatan antara Arman dan Arni telah memakan masa selama 1 tahun. Arni sudah semakin mesra dengan Arman, namun hakikat, Arni tidak pernah mengetahui siapakah Arman yang sebenarnya. Arni pula segan hendak bertanyakan apa-apa, cukup dengan apa yang Arman ceritakan kepadanya. Gurauan Arman setiap kali bersua, sudah cukup untuk membuat Arni terhibur. Lagipun Arni sememangnya tidak mempunyai abang. Kehadiran Arman membuatkan Arni merasakan dirinya diberi perhatian.  
     Seperti biasa, pada pukul 5.30 petang, Arman akan menunggunya di tempat biasa, mereka akan berbual-bual seketika, kadang-kadang Arman belanja Arni makan masakan panas, dekat warung berhampiran pejabat Arni. Pak Din, tuan punya warung tersebut telah kenal dan faham sangat dengan selera mereka, tidak perlu bersusah payah untuk mengambil pesanan.
     Hari ini hari Rabu, sebaik selesai kerja, Arni bergegas untuk pulang. Dia hairan mengapakah abang Arman tidak kelihatanpun hari ini. Puas dia menunggu, bayang abang Armanpun tidak kelihatan oleh Arni. Tiba-tiba, dirasakan olehnya perasaan rindu terhadap abang Arman begitu menebal. Setiap hari abang Arman akan menunggunya apabila selesai kerja, tetapi hari ini Arni kehairanan. Baru sehari tidak berjumpa, Arni sudah gelisah dan merindui abang Arman.
     "Malam nanti  rombongan Mak Tam akan tiba. Janji mereka pukul 9 malam nanti. Selepas maghrib nanti, cepat-cepat  bersiap ya," beritahu emak. "Mereka nak datang untuk mengenal Arni, dah lama tak jenguk ke rumah kita ni, ketika Arni kecil dulu je mereka datang, Mak Tam kamu tu ada juga menyuarakan kepada mak, untuk merisik kamu juga untuk anak lelakinya, dengar khabar  seorang pengurus sebuah syarikat perumahan," sambung emak lagi. Terkejut Arni, tiba-tiba sahaja dia terbayangkan abang Arman, hanya abang Arman di hatinya tika ini. "Tapi mak,...." keluh Arni tetapi tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana dengan cepat emaknya bersuara. "Apa pula tapi-tapinya, cepat-cepatlah, kamupun belum mandi dan sembahyang lagi tu, balas emak.
     Mak Tam dah tiba. Datang bersama Pak Tam dan anak lelakinya itu. Malas rasanya hendak melayan mereka, rasanya tidak ada yang istimewa dengan kedatangan Mak Tam dan Pak Tam. Emak dan ayah kelihatan berbual-bual dengan Pak Tam dan Mak Tam sambil berjalan masuk, diikuti oleh  anak lelaki Mak Tam. Abang Arman?Apa pula kaitannya dengan Mak Tam dan Pak Tam? Abang Arman ke anak Mak Tam, yang diceritakan oleh emak? Pelbagai soalan bermain di kotak fikiran Arni. Namun, jawapannya belum pasti. Semangat Arni semakin pulih tatkala terpandangkan abang Arman...orang yang selalu datang bertanyakan khabar dan berceloteh dengannya pabila selesai kerja. Yang membuatkan Arni tidak pasti, disebabkan abang Arman selalu berpakaian sederhana sahaja, tidak menampakkan langsung dia bekerja sebagai Pengurus di sebuah syarikat perumahan, setiap kali datang berjumpanya. 
     Merah padam muka Arni tatkala diperkenalkan oleh emak kepada Mak Tam, Pak Tam. Lebih-lebih lagi Mak Tam sendiri memperkenalkan abang Arman kepadanya. Rasa hendak melompat kegembiraan, hanya Allah Yang Mengetahui isi hatinya. Tidak pernah disuarakan kepada sesiapapun, walaupun kepada abang Arman. Hari ini, Allah mempertemukan mereka, dan jejaka inilah yang akan hidup sebumbung sebagai pasangan hidup Arni
... Gembira Arni bukan kepalang tika ini...mahu sahaja dipeluk abang Arman ketika itu kalau tidak kerana teringatkan abang Arman seorang lelaki!!! Harapannya kesampaian jua...

No comments:

Post a Comment