Tuesday, December 21, 2010

Selagi cinta bersemi...

     
     "Assalamualaikum, saudari sibuk ke,boleh saya bertanyakan sesuatu?" tanya Nasharuddin. "Kalau tidak keberatan, saya ingin berbual dengan saudari sebentar,"sambung Nasharuddin lagi, sambil terus duduk di sebelah  Ira. Di sekeliling, kelihatan  pengunjung yang sedang berbual sambil menjamu selera. Masing-masing tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling, sibuk dengan perbualan dan sedang menikmati makanan yang ditempah. Ira pula kelihatan malu-malu tatkala Nasharuddin duduk di sebelahnya, seperti pasangan kekasih pula.Kebetulan beberapa hari, Ira mengambil cuti dan ingin menenangkan fikirannya dari kesibukan di tempat kerja. Hari ini pula dia keluar membeli-belah pakaian di sebuah pasaraya. Pagi tadi Ira tidak menjamah sedikit makanan lagi, selesai membeli-belah, dia terus menyimpan semua barang beliannya dalam kereta Myvi hitamnya dan terus memandu ke Mayang Sari, berhampiran Maydin Mall. Di situlah tempat dia selalu menjamu selera setiap hari, aneka makanan yang diminatinya terdapat di situ. Tidak disangka-sangka pula, Nasharuddin yang asyik memerhatikan Ira setiap hari di situ, tiba-tiba berada di sebelahnya hari ini.
     Teragak-agak Ira hendak menjawab pertanyaan Nasharuddin itu. Akhirnya Ira membenarkan Nasharuddin bercakap. "Setiap petang, saya lihat saudari makan di sini, keseorangan je, pelik juga, gadis secantik saudari ni makan di sini setiap hari,"Nasharuddin memulakan tajuknya. "Ooo,gitu,ingatkan apa tadi, ni  tempat istimewa bagi saya untuk menjamu selera, lagipun saya tak makan dari pagi, asyik dengan kerja, bila dah habis kerja, saya singgah di sini. Lagipun di sini banyak pilihan makanan,"jawab Ira. Saya tinggal dengan kakak, mak dan ayah sudah tak ada, meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,"sambung Ira lagi. 
"Saudara pula, dari mana, selalu ke datang ke Mayang Sari ni?"tanya Ira dengan lemah-lembut. Dia tidak keberatan untukbersembang dengan Nasharuddin ,kerana pemuda itu kelihatan agak baik. Bukan orang sembarangan. Amat baik pada pandangan Ira. "Saya kerja di bangunan sebelah sana, KWSP,"beritahu Nasharuddin. Setiap hari saya datang ke sini, sebelum pulang. Kadang-kadang pusing-pusing dalam Mydin Mall, mencari barang yang dipesan oleh adik perempuan saya,"beritahu Nasharuddin. "Sebab itulah saya selalu nampak Cik Ira,"sambungnya sambil tersenyum. Pemuda yang berkumis hitam terurus itu menarik hati Ira. Cara dia bercakap, tambah lagi memikat hati Ira.Seorang yang segak dan asyik tersenyum tatkala bercakap. "Mesti hidupnya amat menarik,"fikir Ira. Hari itu Nasharuddin telah membayar makanan yang Ira makan, pertama kali Ira menerima pelawaan untuk membayar apa yang dimakannya. Ira memang begitu, tidak suka ada yang belanja dia makan, sukar hendak diterima walaupun kawan perempuan. Tu adalah prinsipnya.
     Oleh kerana jam telah menunjukkan pukul 6.20 petang, Ira terpaksa meminta diri untuk pulang, bimbang kakaknya rungsing jika Ira pulang lewat. Lagipun dia tak pernah pulang lewat tanpa memberitahu kakaknya terlebih dahulu. 
     Setiap hari, Nasharuddin akan menunggu Ira di Mayang Sari seperti biasa sebelum pulang. Mereka akan makan bersama. Selagi Ira belum tiba, Nasharuddin akan lepak-lepak sahaja di Mayang Sari, sambil menekan-nekan telefon bimbitnya, menghantar pesanan untuk Ira. Begitulah gelagat Nasharuddin, walaupun Ira akan berada di hadapannya sebentar lagi. Melihat Ira turun dari kereta, hati Nasharuddin sudah gembira, gadis manis itu begitu memikat hatinya. Ira terlewat beberapa minit, Nasharuddin sudah kerinduan. Setiap hari, dia sudah tidak sabar untuk berjumpa 'buah hatinya' itu. Ira terlalu istimewa baginya, apalagi melihat kegalakan mata Ira yang cantik tika memandangnya. Itulah yang membuatkan Ira marah-marah manja tatkala Nasharuddin selalu merenungnya semacam pabila bertemu..."Malulah, jangan pandang gitu,' kata Ira, yang asyik direnung  oleh Nasharuddin.
Nasharuddin pula asyik tersenyum sahaja jika melihat Ira marah-marah manja, dia faham sangat Ira yang pemalu tu, serba-salah jika Nasharuddin asyik memerhatikannya.
     Perhubungan mereka telah memakan masa selama 6 bulan, kemesraan jelas terbayang. Bila Ira selesai mandi dan selesai sembahyang Maghrib, Nasharuddin tidak lupa untuk menelefon Ira di rumah, walaupun mereka telah bersua setiap petang setelah selesai kerja. Begitulah setiap hari perhubungan dan kemesraan mereka, tidak dapat dipisahkan lagi.
     Suatu petang, tika sedang makan-makan, Nasharuddin memulakan perbualannya," Ira, dah lama kita macam ni, kalau Ira setuju, abang berhajat untuk menghantar rombongan ke rumah Ira, malam Jumaat nanti, itupun kalau Ira tidak keberatan." Berdebar seketika Ira mendengarnya, lagipun selama Nasharuddin berkawan dengannya, belum pernah lagi kedua belah keluarga diberitahu tentang hubungan mereka."Ira terima je, putih kata abang,putih bagi Ira, kakak juga perlu dimaklumkan hal ini," jawab Ira. Hati Ira sebenarnya begitu gembira mendengar cadangan Nasharuddin, hubungan mereka tidak sehingga di Mayang Sari sahaja, insyaallah...
     Persiapan telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak, Ira yang kematian ibu bapa dan hanya tinggal dengan kakaknya sejak dari kecil, terpaksa bergantung kepada kakaknya untuk membuat persiapan. Beberapa orang keluarga terdekat telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Tiba hari yang diitunggu-tunggu, maka kedua belah pihak berbincang dan bersetuju dengan hubungan Ira dan Nasharuddin. Selepas ikatan pertunangan mereka, Nasharuddin kelihatan begitu ceria.Begitu juga dengan Ira. Mereka bercadang untuk melangsungkan pernikahan mereka dalam tahun itu juga...insyaallah! Pertemuan di Mayang Sari telah membawa sinar kebahagiaan kepada Nasharuddin dan Ira...selagi 'Cinta Bersemi,'...antara kedua-duanya!

No comments:

Post a Comment