Tuesday, December 21, 2010

Kenangan...

  
     Gembira bukan kepalang pabila diketahui dah ramai bekas anak didiknya berjaya mengejar cita-cita, ada yang masih di pusat pengajian tinggi, ada yang baru sahaja lepas konvokesyen, ada yang sedang menunggu keputusan untuk ke pusat pengajian tinggi, ada yang akan mula menjawat jawatan penting dan ada yang telah bekerja. Tidak kurang juga yang telah berumahtangga dan mempunyai anak-anak.Kekadang pabila menerima kad merah mereka, Yusri tidak melepaskan peluang untuk turut meraikan hari bahagia anak didiknya itu, mereka juga bukan kepalang gembira kerana dapat bersua dengan guru yang mereka sayangi tika di bangku sekolah dahulu. Setiap kali mendapat khabar tentang kejayaan anak didiknya, Yusri turut berasa gembira. 
      Takbir Hari Raya Aidil Fitri telah bergema. Esok semua umat Islam akan berhari raya. Sayu terasa mendengar takbir tersebut, tatkala mengenangkan anak-anaknya yang tidak dapat berhari raya bersama-sama pada tahun ini. Hanya anak bongsunya sahaja yang akan berhari hari bersama-samanya. Anak bongsunya masih lagi meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi. Ketiga-tiga orang anaknya yang berada dan bertugas di Jordan, tidak dapat pulang berhari raya pada tahun ini.
     "Assalamualaikum cikgu,"terdengar suara beberapa orang serentak memberi salam. Suara perempuan dan lelaki memberi salam serentak. Segera Yusri menjenguk melalui jendela rumahnya. Pintu hadapan yang telah sedia terbuka, dipandangnya. Beberapa orang anak muridnya,lelaki dan perempuan datang. "Ya Allah, dah besar-besar semuanya,"fikir Yusri. Hampir tidak kenal Yusri dengan mereka. "Kami datang sebab rindukan cikgu, cikgu apa khabar?" jelas mereka. "Khabar baik,alhamdulillah, hampir tak kenal, dah besar-besar, silakan masuk,"Yusri mempersilakan anak didiknya masuk ke dalam. "Kejap lagi ada satu lagi rombongan akan datang cikgu,"beritahu salah seorang anakdidiknya. "Mereka singgah di rumah Ila tadi,"sambung anak didiknya lagi. Seronok dan gembira betul Yusri pada hari ini, hilang kerinduan kepada ketiga-tiga orang anaknya seketika.
     "Cikgu, kami datangpun ada hajat, hari raya yang ke-5 nanti, kami nak adakan perjumpaan dengan kawan-kawan di rumah Amilah. Semoga cikgu sudi datang untuk meraikannya. Cikgu-cikgu lainpun akan kami jemput,"terang Syafiq. 
     Majlis telah bermula. Jemputan dah tiba. Hanya Cikgu Yusri sahaja yang masih belum tiba. Semuanya bersetuju untuk menunggu ketibaan Cikgu Yusri. Hampir setengah jam menunggu,tiba-tiba masuk sebuah kereta Proton Wira ke perkarangan rumah Amilah. Semua mata tertumpu ke arah kereta yang nombor platnya agak asing bagi mereka. "Assalamualaikum, minta maaf kerana mengganggu semua, tujuan kedatangan saya ni untuk memaklumkan bahawa Cikgu Yusri telah meninggal dunia beberapa jam yang lalu di  Pusat Perubatan Kuala Terengganu, khabarnya dia sedang bersiap untuk datang ke sini, tiba-tiba telah diserang penyakit jantung dan telah rebah di rumahnya. Kemudian, beliau terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan, kerana keadaannya semakin kritikal,"beritahu pemuda yang datang menaiki Proton Wira itu.
     Akhirnya Cikgu Yusri telah selamat dikebumikan. Hajatnya untuk bersama-sama meraikan majlis itu tidak kesampaian, Cikgu Yusri terlebih dahulu meninggalkan mereka. Segala budi baik dan jasa Cikgu Yusri tetap dikenang oleh anak-anak didiknya. Cikgu Yusri merupakan seorang guru yang penyayang dan bertanggungjawab, sukar dicari penggantinya. Beliau terkenal dengan kerajinan dan sikap mengambil berat terhadap anak-anak didiknya.

No comments:

Post a Comment