Friday, December 17, 2010
Cinta Arisha...
Jika ditanya sesiapa sahaja, apakah hasrat yang hendak dicapai kiranya cita-cita telah tercapai,dan kewangan sudah kukuh, sudah tentu ramai yang menjawab untuk membantu ibu bapa, membina rumah yang besar dan cantik,memiliki kereta besar,berkahwin, ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji, melancong dan sebagainya. Begitu juga dengan Arisha. Dari dulu lagi, dia ingin mengurangkan bebanan ayahnya untuk menyekolahkan adik-adiknya. Begitulah hasratnya sebaik sahaja dia menjejaki kaki ke universiti dahulu.
Setiap hari dia berulang-alik ke sekolah tempat dia bertugas dengan menaiki sebuah kereta Myvi, berwarna hitam yang dibelinya sebaik sahaja memperoleh gaji pertama dahulu. Di sekolah, Arisha terkenal di kalangan guru-guru perempuan dan lelaki sebagai seorang yang bertanggungjawab dan berkepimpinan. Semua kerja yang diserahkan kepadanya dapat diselesaikan dengan baik.Di kalangan pelajar-pelajar pula dia terkenal dengan sifat penyayang dan ini telah membuatkan semua pelajar, sama ada pelajar lelaki atau perempuan amat menyayanginya. Justeru itu, Arisha telah 3 tahun berturut-turut dianugerahi gelaran 'Guru Paling Glamour,' di sekolahnya sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.
Kesibukan tugasnya di sekolah sebagai seorang guru yang berwibawa dan rajin, membuatkan Arisha tidak sempat dan tiada masa langsung untuk memikirkan masa depannya. Dia sedikitpun tidak mengindahkan atau tidak kecil hati jika ada rakan-rakan menggiatnya. Dia menganggap semua gurauan itu sebagai hiburan dalam hidupnya.
Umur Arisha telah menjangkau 35 tahun. Arisha tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga atau mempunyai teman istimewa sebagaimana rakan-rakan yang seusia dengannya. Dia juga sering digelar 'andartu' oleh rakan-rakan sekampungnya atau guru-guru, walaupun gelaran itu sebenarnya tidak pernah hinggap ke telinganya. Mereka hanya sosek-sosek sesama mereka sahaja.
Namun jauh di sudut hati Arisha, hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia hatinya. Kenangan kepada peristiwa yang telah berlaku dalam hidupnya semakin rancak bermain-main di kepalanya sejak akhir-akhir ini, disebabkan dia dimaklumkan bahawa terdapat seorang guru lelaki dari sekolah berhampiran yang begitu berminat untuk menyuntingnya. Ketika dikhabarkan berita itu, dia hanya menghadiahkan senyuman mungilnya kepada rakan yang membawa khabar itu, tanpa terdengar sebarang suara, sama ada hitam atau putih.
Kenangan bersama abang Rosli begitu berkesan dalam memorinya. Baginya abang Rosli terlalu ideal untuk dirinya, tidak boleh ditukar ganti atau ditandingi oleh sesiapa jua. Renungan romantik abang Rosli setiap kali Arisha bersua dengannya, terutama lirikan mata abang Rosli kepadanya tika dia berbual dengan abang Rosli amat menikam khalbunya, paling indah dan amat romantik baginya.
Hasrat untuk hidup bersama abanag Rosli hanya tinggal kenangan pabila perhubungan yang telah menjangkau usia 2 tahun itu, tiba-tiba diranap dengan berita abang Rosli telah meninggal dalam kemalangan jalanraya tika pulang dari menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerjanya. Terkedu Arisha mendengar berita tersebut. Seolah-olah hanyalah khyalan dan impi baginya. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa abang Rosli telah meninggalkannya dan tidak akan kembali lagi. Abang Rosli telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 2 lagi rakan sekerja yang menaiki kereta yang sama telah cedera parah dan tidak sedarkan diri.
Entah bagaiman hendak digambarkan keadaan Arisha tika mendapat kabar berkenaan, seolah-olah badannya hanya di awang-awangan, tidak berfungsi, terkejut dan kehilangan sesuatu, kehilangan seseorang yang amat disayanginya.Seseorang yang menjadi sumber inspirasi dalam hidupnya selama ini.
Peristiwa yang telah dihadapi itu amat berkesan kepada Arisha. Sukar hendak dipulihkan, apalagi ingin menukargantikan abang Rosli yang telah tiada itu dengan jejaka lain. Arisha sendiri telah berazam untuk menyendiri seumur hidupnya lantaran peristiwa tersebut.
Hanya Allah Yang Maha Berkuasa...dan Maha Mengetahui takdir hidupnya kelak!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment