Sunday, December 19, 2010

Salamah...hatiku hanya untukmu!

  
     "Kalau ada  masa, saya nak helo Sal, insyaallah malam nanti, ada hal yang amat penting saya nak beritahu,"pesan Anuar kepada Salamah. Salamah mendengar dengan penuh perhatian, entah apa yang hendak diberitahu oleh Anuar, mungkin Anuar telah mendapat gaji pertamanya dan hendak belanja Salamah makan. "Malam nanti, Sal ada perjumpaanlah, mesyuarat tergempar syarikat akan diadakan,"beritahu Salamah kepada Anuar. "Kalau Anuar tidak keberatan, mungkin selepas pukul 11 malam, saya dah balik,"sambung Salamah lagi. Anuar menganggukkan kepalanya mendengar makluman Salamah.
     "Mak ada tak? Kalau boleh, saya nak jumpa Mak Teh sekejap,ada hal yang perlu diberitahu,"tanya Anuar sebelum pulang. Hajatnya hendak terus pulang terpaksa ditangguhkan, kerana hajatnya hendak bercakap dengan Mak Teh akan kesampaian kerana melihat Salamah menganggukkan kepalanya. "Mak ada kat depan tu, sedang bersembang dengan abang, pergilah!"ujar Salamah. Anuar terus meninggalkan Salamah di belakang,sambil berjalan menuju ke beranda hadapan rumah MakTeh.Salamah naya memerhatikan dari jauh perbualan antara Anuar dengan emak. Sekarang emaklah pengganti ayah, setelah ayah meninggal dunia 2 tahun lalu. Salamah tidak mendekati mereka kerana dia syak ada sesuatu yang rahsia hendak dibincangkan oleh Anuar dengan emak. Sesekali dia mendengar Anuar ketawa kecil dan emak hanya tersenyum sahaja. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka, Salamah teragak-agak untuk cuba mendengar, tetapi niatnya tersekat kerana bimbang diketahui oleh emak dan Anuar. Mungkin terlalu rahsia, kerana Anuar tidak menceritakan apa-apapun kepadanya. 
     "Mak Teh ada cakap sesuatu ke selepas Nuar pulang?"pertanyaan pertama Anuar kepada Salamah sebelum bercerita sesuatu. "Tak ada pula, cuma Sal tengok emak seolah-olah berbincang sesuatu dengan Abang Long, semasa Sal nak keluar tadi,"beritahu Salamah dengan penuh tanda tanya. "Tak apalah, ingatkan Mak Teh ada beritahu apa-apa,"sambung Anuar semula. "Sal dah makan ke?Mesti penat kerana baru pulang dari mesyuarat tadi," sambung Anuar lagi. "Belum lagi Nuar, bila dah penat, makanpun tak lalu, selepas mesyuarat tadi, ada jamuan sebenarnya, tapi Sal terus pulang kerana dah janji dengan Nuar,"beritahu Salamah. "Nak keluar tak? Nuar belanja makan malam ni, kalau setuju, tunggu Nuar sampai dalam 10 minit lagi,kita makan di restoran depan rumah Salamah tu, setuju?"tanya Nuar. Salamah terpaksa setuju dengan cadangan Nuar, lagipun restoran tu kat depan rumahnya sahaja. Ketika pulang dari mesyuarat tadi, kelihatan penuh dengan pengunjung,kerana restoran itu memang terkenal di mana-mana, tidak putus-putus pengunjungnya. Selepas memberitahu emaknya, Salamah bersiap-siap untuk keluar. Abang Long pula tiba-tiba datang mengusiknya,"Cantik nampak adik abang malam ni, nak jumpa siapa tu, mesti nak jumpa seseorang yang istimewa ni!" Entah apa-apa Abang Long ni,buang tabiat agaknya. Salamah hanya ketawa kecilmendengar usikan Abang Long, walaupun dalam hatinya Salamah sendiri tertanya-tanya mengapa Abang Long mengusiknya sedemikian. Belum pernahpun Abang Long mengusiknya sebegitu sebelum ini, mungkin hari ni Abang Long mendapat 'durian runtuh.'
     Nuar telah sedia menunggunya di ruang tamu, sambil bersembang dengan mak dan Abang Long. Tatkala terpandang Salamah, dia terus meminta diri dan bersalam dengan Abang Long.Mak tidak menghalangnya kerana Abang Long dengan Anuar berkawan baik dan selalu lepak-lepak di rumah mereka. Mak pula dah sayangkan Nuar seperti sayangnya kepada Abang Long dan Salamah.
     "Nuar berhajat nak melamar Salamah sebagai teman hidup Nuar,dan Nuar bercadang untuk melangsungkan perkahwinan kita hujung bulan Mei," Nuar memulakan hajatnya. "Dah lama Nuar nak beritahu Sal hajat ni, asyik ditangguhkan je, kerana kesibukan kerja,semoga Sal sudi menerima Nuar,"luah Nuar bersungguh-sungguh. Ya Allah, patutlah Abang Long semacam je, mak pula tak cakap apa-apapun, eee..., segannya aku, apa aku nak buat ni, apa aku nak cakap ni, kelu pula lidahku, entah apa-apa pula. Badanku semacam je, gemuruh pelik ni, tak pernah pula seperti ni bila bertentang mata atau bercakap dengan Nuar!
Apa aku nak cakapkan ni...Akhirnya Salamah bersetuju untuk menerima Nuar, sebagai teman hidupnya. Lagipun sebelum ini, Salamah tiada teman istimewa lagi, hanya kawan-kawan sekerja sahaja. Salamah pula belum terbuka hati kepada sesiapapun sebelum ini, dia terlalu sibuk dengan kerjanya, sehinggakan terlupa memikirkan soal percintaan, apalagi untuk mempunyai teman istimewa.
     Malam tu dia pulang dengan diikuti oleh Nuar sehingga ke perkarangan rumah, belum pernah lagi Nuar melayannya istimewa sebegitu sebelum ini. Hati Salamah begitu gembira, dia masuk sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu kegemarannya. Sekarang, selain memikirkan soal kerja, dia juga perlu memikirkan soal masa depannya, soal masa depan antara dia dengan Nuar...

No comments:

Post a Comment