Friday, December 3, 2010

Persahabatan...

    
     Pelbagai karenah manusia telah dijumpainya, pelbagai ragam, semuanya menjadikan Amirul matang dan sentiasa menginsafi diri. Dia sengaja berbuat demikian untuk melihat karenah mereka. Sengaja buat seolah-olah dirinya terlalu lurus dan boleh diperlekehkan. Tugasnya setiap hari menyebabkan dia mempunyai ramai kawan, termasuk kawan melalui Facebook.
     Dalam persahabatan, dia sentiasa menilai yang mana boleh dijadikan sahabat, yang mana tidak boleh. Peringkat permulaan, dia sengaja menyembunyikan sikapnya yang sebenar, biarlah apa orang hendak perkatakan tentangnya, 'kawan tak betul, kawan bodoh, dan sebagainya.  Kalau baru sehari berkawan, dah menunjukkan bermacam-macam karenah, dia cepat tertanggap peribadi kawan tersebut. Baginya terlalu bahaya kiranya tersilap memilih kawan. Ada juga yang jujur dan betul-beetul mengenal erti persahabatan dan sentiasa bertukar-tukar pendapat,saling tegur-menegur dan saling muhasabah diri. 'Sahabat sejati,sukar dicari.' 
     Semuanya dijadikan pedoman. Dia masih ingat kata-kata seseorang, "Kawan tika ketawa senang dicari,kawan tika menangis,cabut lari! Begini caranya, jika hendak menguji seseorang tu betul-betul ingin berkawan dengan kita, jangan gopoh dan tersasur tika memilih, buat pilihan terbaik.!" Walaupun kekadang,disebalik segala-galanya kita terpaksa tersinggung atau jauh hati. Tu semua mainan dunia bagi mereka yang mempunyai sikap keegoan.
     Namun, walau apapun, Amirul tidak pernah berasa kerugian jika ada yang tidak ikhlas untuk berkawan dengannya. Masih ada yang betul-betul ikhlas dalam persahabatan. Itulah teman sejati yang dicarinya. Baginya, sekali sahaja kata-kata pedih  kawan yang boleh menyinggung hati, atau diheboh-hebohkan kerana perkara kecil, itu bukan 'kawan' baginya. Lebih baik, tidak perlu hadir dalam hidupnya,membebankan fikiran sahaja...banyak lagi perkara bermanfaat yang hendak difikirkan...

No comments:

Post a Comment