Bersua dengan abang Haris pertama kali hari ini, adalah tidak disengajakan. Lina dalam keadaan kesuntukan masa tika itu,bergegas menuju ke sebuah bank untuk mengeluarkan duit dan memasukkan ke akaun adiknya yang belajar di sebuah pusat pengajian di Kuala Lumpur. Dia terlupa memasukkan duit tersebut bulan ini. Kasihan adiknya di sana.Terkejar-kejar Lina mengejar masa, Dalam keadaan yang kecoh ,tiba-tiba,"Datang seorang je ke si cantik manis, boleh saya temankan?"Tersentak Lina! Wah,romantiknya suara tu detik hati Lina, sambil berpaling ke arah yang empunya suara!
Bulat mata Lina memandangnya, apa tidaknya, terpandangkan seorang jejaka yang begitu tampan dan segak, bermisai kemas, ibaratkan Datuk 'K', berkulit kuning langsat, berkumis kemas terjaga, siapa yang tidak melopong. Dengan ketinggian jangkauan 6 kaki, boleh dikategorikan dalam ukuran yang menjadi idaman para gadis, apalagi jejaka itulah yang menegur Lina tadi. Dalam keadaan yang masih panik, dengan senyuman mungilnya sudah cukup jawapan yang diberikan oleh Lina, menandakan ada respon.
Perkenalan spontan, tidak disangka-sangka itu rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya. Jejaka tampan itulah yang menjadi idaman hatinya. Namun, kerana tidak mengetahui asal-usul apalagi belum pernah bertegur sapa, Lina pendamkan sahaja minatnya itu. Tidak disangka, abang Haris sendiri datang menegurnya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEio3uM-sBetCaF-tBgnOOrSRQPzmkwNK3VzJbhTx9ES9OXlzqscW6BwT3sYP_v8uGqVer0Sv1UxdbjbXsNUBRdE7p6AYiA_MdRkoq5CMpBYyXC4muPvY5Ngke0NqarMFUusi95ci58o2pw/s1600/62583_471126216302_178601311302_7213233_3150096_s.jpg)
Lina memandu pulang dengan hati yang riang sambil mendengar lagu yang diputarkan oleh DJ bertugas melalui radionya. Hatinya melonjak-lonjak keriangan, Lina pasti esok masih ada sinar baginya...abang Haris idamannya pasti menjadi miliknya sekarang,insyaallah! Hilang segala kekalutannya pada hari itu. Tugasnya juga telah selesai. Dia pulang dengan tenang dan gembira!
No comments:
Post a Comment