Thursday, December 30, 2010

SALAM TAHUN BARU 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011,pada hari Sabtu,
moga tahun baru anda dipenuhi dengan keceriaan dan kegembiraan,
moga anda semua mempunyai azam yang tersendiri demi kemajuan diri sepanjang tahun 2010!
Selamat berusaha dan semoga berjaya dalam semua yang diceburi, insyaallah diberkati dan diizin Allah Taala!

Tuesday, December 21, 2010

Kenangan...

  
     Gembira bukan kepalang pabila diketahui dah ramai bekas anak didiknya berjaya mengejar cita-cita, ada yang masih di pusat pengajian tinggi, ada yang baru sahaja lepas konvokesyen, ada yang sedang menunggu keputusan untuk ke pusat pengajian tinggi, ada yang akan mula menjawat jawatan penting dan ada yang telah bekerja. Tidak kurang juga yang telah berumahtangga dan mempunyai anak-anak.Kekadang pabila menerima kad merah mereka, Yusri tidak melepaskan peluang untuk turut meraikan hari bahagia anak didiknya itu, mereka juga bukan kepalang gembira kerana dapat bersua dengan guru yang mereka sayangi tika di bangku sekolah dahulu. Setiap kali mendapat khabar tentang kejayaan anak didiknya, Yusri turut berasa gembira. 
      Takbir Hari Raya Aidil Fitri telah bergema. Esok semua umat Islam akan berhari raya. Sayu terasa mendengar takbir tersebut, tatkala mengenangkan anak-anaknya yang tidak dapat berhari raya bersama-sama pada tahun ini. Hanya anak bongsunya sahaja yang akan berhari hari bersama-samanya. Anak bongsunya masih lagi meneruskan pengajian di pusat pengajian tinggi. Ketiga-tiga orang anaknya yang berada dan bertugas di Jordan, tidak dapat pulang berhari raya pada tahun ini.
     "Assalamualaikum cikgu,"terdengar suara beberapa orang serentak memberi salam. Suara perempuan dan lelaki memberi salam serentak. Segera Yusri menjenguk melalui jendela rumahnya. Pintu hadapan yang telah sedia terbuka, dipandangnya. Beberapa orang anak muridnya,lelaki dan perempuan datang. "Ya Allah, dah besar-besar semuanya,"fikir Yusri. Hampir tidak kenal Yusri dengan mereka. "Kami datang sebab rindukan cikgu, cikgu apa khabar?" jelas mereka. "Khabar baik,alhamdulillah, hampir tak kenal, dah besar-besar, silakan masuk,"Yusri mempersilakan anak didiknya masuk ke dalam. "Kejap lagi ada satu lagi rombongan akan datang cikgu,"beritahu salah seorang anakdidiknya. "Mereka singgah di rumah Ila tadi,"sambung anak didiknya lagi. Seronok dan gembira betul Yusri pada hari ini, hilang kerinduan kepada ketiga-tiga orang anaknya seketika.
     "Cikgu, kami datangpun ada hajat, hari raya yang ke-5 nanti, kami nak adakan perjumpaan dengan kawan-kawan di rumah Amilah. Semoga cikgu sudi datang untuk meraikannya. Cikgu-cikgu lainpun akan kami jemput,"terang Syafiq. 
     Majlis telah bermula. Jemputan dah tiba. Hanya Cikgu Yusri sahaja yang masih belum tiba. Semuanya bersetuju untuk menunggu ketibaan Cikgu Yusri. Hampir setengah jam menunggu,tiba-tiba masuk sebuah kereta Proton Wira ke perkarangan rumah Amilah. Semua mata tertumpu ke arah kereta yang nombor platnya agak asing bagi mereka. "Assalamualaikum, minta maaf kerana mengganggu semua, tujuan kedatangan saya ni untuk memaklumkan bahawa Cikgu Yusri telah meninggal dunia beberapa jam yang lalu di  Pusat Perubatan Kuala Terengganu, khabarnya dia sedang bersiap untuk datang ke sini, tiba-tiba telah diserang penyakit jantung dan telah rebah di rumahnya. Kemudian, beliau terpaksa dikejarkan ke pusat perubatan, kerana keadaannya semakin kritikal,"beritahu pemuda yang datang menaiki Proton Wira itu.
     Akhirnya Cikgu Yusri telah selamat dikebumikan. Hajatnya untuk bersama-sama meraikan majlis itu tidak kesampaian, Cikgu Yusri terlebih dahulu meninggalkan mereka. Segala budi baik dan jasa Cikgu Yusri tetap dikenang oleh anak-anak didiknya. Cikgu Yusri merupakan seorang guru yang penyayang dan bertanggungjawab, sukar dicari penggantinya. Beliau terkenal dengan kerajinan dan sikap mengambil berat terhadap anak-anak didiknya.

Selagi cinta bersemi...

     
     "Assalamualaikum, saudari sibuk ke,boleh saya bertanyakan sesuatu?" tanya Nasharuddin. "Kalau tidak keberatan, saya ingin berbual dengan saudari sebentar,"sambung Nasharuddin lagi, sambil terus duduk di sebelah  Ira. Di sekeliling, kelihatan  pengunjung yang sedang berbual sambil menjamu selera. Masing-masing tidak mengendahkan apa yang berlaku di sekeliling, sibuk dengan perbualan dan sedang menikmati makanan yang ditempah. Ira pula kelihatan malu-malu tatkala Nasharuddin duduk di sebelahnya, seperti pasangan kekasih pula.Kebetulan beberapa hari, Ira mengambil cuti dan ingin menenangkan fikirannya dari kesibukan di tempat kerja. Hari ini pula dia keluar membeli-belah pakaian di sebuah pasaraya. Pagi tadi Ira tidak menjamah sedikit makanan lagi, selesai membeli-belah, dia terus menyimpan semua barang beliannya dalam kereta Myvi hitamnya dan terus memandu ke Mayang Sari, berhampiran Maydin Mall. Di situlah tempat dia selalu menjamu selera setiap hari, aneka makanan yang diminatinya terdapat di situ. Tidak disangka-sangka pula, Nasharuddin yang asyik memerhatikan Ira setiap hari di situ, tiba-tiba berada di sebelahnya hari ini.
     Teragak-agak Ira hendak menjawab pertanyaan Nasharuddin itu. Akhirnya Ira membenarkan Nasharuddin bercakap. "Setiap petang, saya lihat saudari makan di sini, keseorangan je, pelik juga, gadis secantik saudari ni makan di sini setiap hari,"Nasharuddin memulakan tajuknya. "Ooo,gitu,ingatkan apa tadi, ni  tempat istimewa bagi saya untuk menjamu selera, lagipun saya tak makan dari pagi, asyik dengan kerja, bila dah habis kerja, saya singgah di sini. Lagipun di sini banyak pilihan makanan,"jawab Ira. Saya tinggal dengan kakak, mak dan ayah sudah tak ada, meninggal dunia beberapa tahun yang lalu,"sambung Ira lagi. 
"Saudara pula, dari mana, selalu ke datang ke Mayang Sari ni?"tanya Ira dengan lemah-lembut. Dia tidak keberatan untukbersembang dengan Nasharuddin ,kerana pemuda itu kelihatan agak baik. Bukan orang sembarangan. Amat baik pada pandangan Ira. "Saya kerja di bangunan sebelah sana, KWSP,"beritahu Nasharuddin. Setiap hari saya datang ke sini, sebelum pulang. Kadang-kadang pusing-pusing dalam Mydin Mall, mencari barang yang dipesan oleh adik perempuan saya,"beritahu Nasharuddin. "Sebab itulah saya selalu nampak Cik Ira,"sambungnya sambil tersenyum. Pemuda yang berkumis hitam terurus itu menarik hati Ira. Cara dia bercakap, tambah lagi memikat hati Ira.Seorang yang segak dan asyik tersenyum tatkala bercakap. "Mesti hidupnya amat menarik,"fikir Ira. Hari itu Nasharuddin telah membayar makanan yang Ira makan, pertama kali Ira menerima pelawaan untuk membayar apa yang dimakannya. Ira memang begitu, tidak suka ada yang belanja dia makan, sukar hendak diterima walaupun kawan perempuan. Tu adalah prinsipnya.
     Oleh kerana jam telah menunjukkan pukul 6.20 petang, Ira terpaksa meminta diri untuk pulang, bimbang kakaknya rungsing jika Ira pulang lewat. Lagipun dia tak pernah pulang lewat tanpa memberitahu kakaknya terlebih dahulu. 
     Setiap hari, Nasharuddin akan menunggu Ira di Mayang Sari seperti biasa sebelum pulang. Mereka akan makan bersama. Selagi Ira belum tiba, Nasharuddin akan lepak-lepak sahaja di Mayang Sari, sambil menekan-nekan telefon bimbitnya, menghantar pesanan untuk Ira. Begitulah gelagat Nasharuddin, walaupun Ira akan berada di hadapannya sebentar lagi. Melihat Ira turun dari kereta, hati Nasharuddin sudah gembira, gadis manis itu begitu memikat hatinya. Ira terlewat beberapa minit, Nasharuddin sudah kerinduan. Setiap hari, dia sudah tidak sabar untuk berjumpa 'buah hatinya' itu. Ira terlalu istimewa baginya, apalagi melihat kegalakan mata Ira yang cantik tika memandangnya. Itulah yang membuatkan Ira marah-marah manja tatkala Nasharuddin selalu merenungnya semacam pabila bertemu..."Malulah, jangan pandang gitu,' kata Ira, yang asyik direnung  oleh Nasharuddin.
Nasharuddin pula asyik tersenyum sahaja jika melihat Ira marah-marah manja, dia faham sangat Ira yang pemalu tu, serba-salah jika Nasharuddin asyik memerhatikannya.
     Perhubungan mereka telah memakan masa selama 6 bulan, kemesraan jelas terbayang. Bila Ira selesai mandi dan selesai sembahyang Maghrib, Nasharuddin tidak lupa untuk menelefon Ira di rumah, walaupun mereka telah bersua setiap petang setelah selesai kerja. Begitulah setiap hari perhubungan dan kemesraan mereka, tidak dapat dipisahkan lagi.
     Suatu petang, tika sedang makan-makan, Nasharuddin memulakan perbualannya," Ira, dah lama kita macam ni, kalau Ira setuju, abang berhajat untuk menghantar rombongan ke rumah Ira, malam Jumaat nanti, itupun kalau Ira tidak keberatan." Berdebar seketika Ira mendengarnya, lagipun selama Nasharuddin berkawan dengannya, belum pernah lagi kedua belah keluarga diberitahu tentang hubungan mereka."Ira terima je, putih kata abang,putih bagi Ira, kakak juga perlu dimaklumkan hal ini," jawab Ira. Hati Ira sebenarnya begitu gembira mendengar cadangan Nasharuddin, hubungan mereka tidak sehingga di Mayang Sari sahaja, insyaallah...
     Persiapan telah dibuat oleh kedua-dua belah pihak, Ira yang kematian ibu bapa dan hanya tinggal dengan kakaknya sejak dari kecil, terpaksa bergantung kepada kakaknya untuk membuat persiapan. Beberapa orang keluarga terdekat telah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis. Tiba hari yang diitunggu-tunggu, maka kedua belah pihak berbincang dan bersetuju dengan hubungan Ira dan Nasharuddin. Selepas ikatan pertunangan mereka, Nasharuddin kelihatan begitu ceria.Begitu juga dengan Ira. Mereka bercadang untuk melangsungkan pernikahan mereka dalam tahun itu juga...insyaallah! Pertemuan di Mayang Sari telah membawa sinar kebahagiaan kepada Nasharuddin dan Ira...selagi 'Cinta Bersemi,'...antara kedua-duanya!

Monday, December 20, 2010

~~~Hanya sekadar kawan...

  
    Nisha pulang awal dari kerja,tidak seperti hari-hari biasa sebelum ini, dia rasa badannya tidak sihat, kalau boleh mahu segera pulang untuk berehat. Badannya tidak bermaya, seram sejuk rasanya. Dia mempercepatkan langkahnya agar tiba cepat ke kereta. Kepalanya pening, mungkin kerana tidur lewat malam tadi. Entah bagaimana dia hendak memandu pulang dengan baik. Nisha tetap kerahkan seluruh semangat agar lebih berdaya. Dia memandu dalam keadaan badannya yang tidak sihat.
     Cuti selama 2 hari yang telah diberikan oleh doktor digunakan oleh Nisha untuk berehat di rumah. Kalau ikutkan hati, Nisha tidak mahu menyerahkan surat cutinya kepada kerani di pejabat, kerja di pejabat banyak lagi yang belum diselesaikan. Namun atas nasihat doktor, Nisha terpaksa bercuti juga. Doktor mengatakan bahawa Nisha kurang rehat dan terlalu banyak bekerja.
     Dalam masa 2 hari bercuti, fikiran dan mindanya pulih dan badannya kembali sihat. Esok, pasti Nisha dapat masuk kerja semula. Bidang pekerjaan yang diceburinya memerlukan dia bergaul dengan semua orang.
Kekadang dia malas nak layan bila ada yang perasan. Niat Nisha kekadang disalahertikan, ada yang buruk sangka, jika Nisha terlalu peramah. Ada juga yang tidak kisah kerana faham dengan sikap Nisha yang sememangnya gemar berkawan. Semua itu membuatkan Nisha lebih berhati-hati dengan sesiapa sahaja. 'Menyayangi kepada sesiapa yang sayang,' dan 'Sayang kepada sesiapa yang menyayangi,' begitu motto yang diamalkannya. Kalau terdapat masalah, Nisha undur diri sahaja...dia tidak mahu masalah tersebut membebaninya...dia hendak semua menerimanya dengan sikapnya yang betul-betul ikhlas berkawan dengan semua orang. Baginya,'kawan tetap kawan,'tidak lebih dari itu.
    Nisha telah mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. Punya anak-anak hasil perkongsian hidup dengan Azhar. 5 orang anak lelaki, semua masih bersekolah. Setiap hari, walaupun kepenatan dengan kerja-kerjanya di pejabat,dia masih lagi berpeluang untuk bermesra dengan anak-anak kesayangannya. Suami dan anak-anak pembawa semangat baginya. Kepenatannya terus terubat tatkala bersama suami dan anak-anaknya. Hilang segala masalah di tempat kerja.
     Kerja dan rumahtangga berjalan seiringan. Rumahtangga tidak diabaikan...namun ada juga suara-suara sumbang yang didengari dalam kesibukan mengejar kerjaya. Semua itu tidak dipedulikan kerana Nisha sedar siapa dirinya...'Nisha tetap Nisha...' Kesibukan kerjaya dan rumahtangga juga tidak menghalangnya untuk menimba ilmu agama,'panduan nd pegangan untuk dunia dan bekalan untuk akhirat.' Jiwanya sentiasa tenang walaupun banyak yang perlu diberi tumpuan.
Baginya 'usaha' amat penting untuk 'kejayaan,' kejayaan dalam semua aspek, diiringi dengan doa dan mohon keberkatan Allah Taala...




     
     

~~~Sinar masih bergemerlapan!

    
     Malam ini Anis boleh tidur dengan lena. Abang Arish dah memberinya pengesahan dan kesahihan. Anis tidak perlu ragu-ragu lagi, abang Arish akan menjadi miliknya suatu hari nanti. Dah lama dia tertunggu-tunggu untuk mendengar keputusan abang Arish. Hendak mengetahui isi hati abang Arish kepadanya. Dia perempuan, mana boleh 'perigi mencari timba.' Pernah sebelum ini Anis ingin bertanya tentang siapakah teman istimewa abang Arish, ingin mengetahui sama ada abang Arish mempunyai sesiapa yang dianggap istimewa, namun dipendamkan sahaja, kerana perasaan segan masih menebal dalam dirinya.
     "Abang selalu perhatikan Anis, seorang gadis yang lemah-lembut, ayu dan masih kaya dengan adat ketimuran,"ujar abang Arish. Anis seorang gadis yang mempunyai sifat yang amat ideal bagi abang, dan hari ini abang ingin melamar Anis, abang nak jadikan Anis teman hidup abang,"sambung abang Arish lagi. 
Anis memandang abang Arish dengan penuh tanda tanya, dia ingin kepastian betul ke apa yang didengarinya. Bermimpikah Anis, atau abang Arish saja-saja bergurau dengannya. Rupa-rupanya Anis tidak bermimpi, abang Arish begitu serius. Betul-betul melamar Anis. 
     Entah mengapa sejak kebelakangan ini, hubungan mereka dingin sahaja, abang Arish dah jarang datang ke rumah Anis. Tidak diberitahu sebabnya. Anis sedih dan kecewa bila memikirkannya. Atau mungkin abang Arish sibuk. Kerinduan Anis kepada abang Arish semakin menebal, namun dia tetap bersabar. Beberapa hari Anis menangis teringatkan apa yang berlaku, dia tidak tahu di mana silapnya, sama ada dia telah melakukan kesalahan kepada abang Arish, atau abang Arish tersinggung dengannya. Puas difikirkan namun buntu...tak pernah pula dia menyinggung perasaan abang Arish. 
      "Helo, termenung je, ingatkan orang yang disayangi ke,"usik Razlan. Anis senyum hambar kepada Razlan. Hatinya masih belum pulih. Kedatangan Razlan membuatkan ingatan kepada masalah yang ditanggungnya itu terpadam. Dia cuba tunjukkan wajah yang ceria kepada Razlan, kawannya itu. Setiap hari, Razlan datang bersembang dengannya, membuatkan hati Anis terhibur. Razlan tidak suka melihatnya termenung atau duduk-duduk tanpa sebarang pekerjaan yang hendak dibuat, boleh mengganggu fikiran katanya. Anis sedikit sebanyak menuruti nasihat Razlan.
     Suatu hari Razlan menyuarakan sesuatu yang amat bermakna baginya, ingin menyuntingnya sebagai teman istimewa. Semua itu, membuatkan Anis terkenangkan abang Arish. Dia dah nekad takkan menerima cinta sesiapa lagi selepas abang Arish. Luahan hati Razlan mengejutkannya. Dia juga sayangkan Razlan, sayang sebagai seorang sahabat,tidak lebih dari itu. Anis yakin suatu hari nanti, abang Arish akan datang semula kepadanya. Pabila mendengar luahan abang Razlan, Anis cuba bersuara untuk menjawabnya,namun tidak sempat disuarakan kerana abang Razlan terlebih dahulu menyuarakan hasratnya itu bersungguh-sungguh dan serius. Dia mengharapkan Anis tidak mengecewakan harapannya. 
     Perhubungan dengan abang Razlan sudah memakan masa selama setahun. Anis seolah-olah kembali pulih seperti sediakala. Ingatannya kepada abang Arish telah terpadam. Dia terhibur dengan usikan abang Razlan, yang begitu cakna dan mengambil berat kepadanya itu. Kini, seolah-olah kesedihan berpisah dengan abang Razlan tidak pernah wujud dalam hidupnya. Anis bertukar menjadi seorang yang ceria sekarang.
     Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Setelah kedua-dua keluarga berbincang dan bersetuju, maka kedua-duanya akan meneruskan hubungan mereka sehingga ke jinjang pelamin. Hari ini, suasana di rumah Anis begitu meriah dengan sanak-saudara yang datang meraikan majlis perkahwinan mereka. Hari yang amat bersejarah dan penting dalam hidup Anis dan Razlan. Hari paling gembira bagi Anis dan Razlan. 






     

Sunday, December 19, 2010



                                                 KEPADA ADIK-ADIK YANG MASIH BELAJAR...
                                                                            STUDY HARD...
                                                              KELAK CERAH MASA DEPAN!


                                                  CINTA ITU SESUATU YANG INDAH...
                                                KIRANYA  DISERTAI  DENGAN IMAN,
                                                 KEIKHLASAN DAN KASIH SAYANG,
                                                                 'IA' MENJADI
                                                             SEMAKIN INDAH~~~!!!

Salamah...hatiku hanya untukmu!

  
     "Kalau ada  masa, saya nak helo Sal, insyaallah malam nanti, ada hal yang amat penting saya nak beritahu,"pesan Anuar kepada Salamah. Salamah mendengar dengan penuh perhatian, entah apa yang hendak diberitahu oleh Anuar, mungkin Anuar telah mendapat gaji pertamanya dan hendak belanja Salamah makan. "Malam nanti, Sal ada perjumpaanlah, mesyuarat tergempar syarikat akan diadakan,"beritahu Salamah kepada Anuar. "Kalau Anuar tidak keberatan, mungkin selepas pukul 11 malam, saya dah balik,"sambung Salamah lagi. Anuar menganggukkan kepalanya mendengar makluman Salamah.
     "Mak ada tak? Kalau boleh, saya nak jumpa Mak Teh sekejap,ada hal yang perlu diberitahu,"tanya Anuar sebelum pulang. Hajatnya hendak terus pulang terpaksa ditangguhkan, kerana hajatnya hendak bercakap dengan Mak Teh akan kesampaian kerana melihat Salamah menganggukkan kepalanya. "Mak ada kat depan tu, sedang bersembang dengan abang, pergilah!"ujar Salamah. Anuar terus meninggalkan Salamah di belakang,sambil berjalan menuju ke beranda hadapan rumah MakTeh.Salamah naya memerhatikan dari jauh perbualan antara Anuar dengan emak. Sekarang emaklah pengganti ayah, setelah ayah meninggal dunia 2 tahun lalu. Salamah tidak mendekati mereka kerana dia syak ada sesuatu yang rahsia hendak dibincangkan oleh Anuar dengan emak. Sesekali dia mendengar Anuar ketawa kecil dan emak hanya tersenyum sahaja. Entah apa yang dibincangkan oleh mereka, Salamah teragak-agak untuk cuba mendengar, tetapi niatnya tersekat kerana bimbang diketahui oleh emak dan Anuar. Mungkin terlalu rahsia, kerana Anuar tidak menceritakan apa-apapun kepadanya. 
     "Mak Teh ada cakap sesuatu ke selepas Nuar pulang?"pertanyaan pertama Anuar kepada Salamah sebelum bercerita sesuatu. "Tak ada pula, cuma Sal tengok emak seolah-olah berbincang sesuatu dengan Abang Long, semasa Sal nak keluar tadi,"beritahu Salamah dengan penuh tanda tanya. "Tak apalah, ingatkan Mak Teh ada beritahu apa-apa,"sambung Anuar semula. "Sal dah makan ke?Mesti penat kerana baru pulang dari mesyuarat tadi," sambung Anuar lagi. "Belum lagi Nuar, bila dah penat, makanpun tak lalu, selepas mesyuarat tadi, ada jamuan sebenarnya, tapi Sal terus pulang kerana dah janji dengan Nuar,"beritahu Salamah. "Nak keluar tak? Nuar belanja makan malam ni, kalau setuju, tunggu Nuar sampai dalam 10 minit lagi,kita makan di restoran depan rumah Salamah tu, setuju?"tanya Nuar. Salamah terpaksa setuju dengan cadangan Nuar, lagipun restoran tu kat depan rumahnya sahaja. Ketika pulang dari mesyuarat tadi, kelihatan penuh dengan pengunjung,kerana restoran itu memang terkenal di mana-mana, tidak putus-putus pengunjungnya. Selepas memberitahu emaknya, Salamah bersiap-siap untuk keluar. Abang Long pula tiba-tiba datang mengusiknya,"Cantik nampak adik abang malam ni, nak jumpa siapa tu, mesti nak jumpa seseorang yang istimewa ni!" Entah apa-apa Abang Long ni,buang tabiat agaknya. Salamah hanya ketawa kecilmendengar usikan Abang Long, walaupun dalam hatinya Salamah sendiri tertanya-tanya mengapa Abang Long mengusiknya sedemikian. Belum pernahpun Abang Long mengusiknya sebegitu sebelum ini, mungkin hari ni Abang Long mendapat 'durian runtuh.'
     Nuar telah sedia menunggunya di ruang tamu, sambil bersembang dengan mak dan Abang Long. Tatkala terpandang Salamah, dia terus meminta diri dan bersalam dengan Abang Long.Mak tidak menghalangnya kerana Abang Long dengan Anuar berkawan baik dan selalu lepak-lepak di rumah mereka. Mak pula dah sayangkan Nuar seperti sayangnya kepada Abang Long dan Salamah.
     "Nuar berhajat nak melamar Salamah sebagai teman hidup Nuar,dan Nuar bercadang untuk melangsungkan perkahwinan kita hujung bulan Mei," Nuar memulakan hajatnya. "Dah lama Nuar nak beritahu Sal hajat ni, asyik ditangguhkan je, kerana kesibukan kerja,semoga Sal sudi menerima Nuar,"luah Nuar bersungguh-sungguh. Ya Allah, patutlah Abang Long semacam je, mak pula tak cakap apa-apapun, eee..., segannya aku, apa aku nak buat ni, apa aku nak cakap ni, kelu pula lidahku, entah apa-apa pula. Badanku semacam je, gemuruh pelik ni, tak pernah pula seperti ni bila bertentang mata atau bercakap dengan Nuar!
Apa aku nak cakapkan ni...Akhirnya Salamah bersetuju untuk menerima Nuar, sebagai teman hidupnya. Lagipun sebelum ini, Salamah tiada teman istimewa lagi, hanya kawan-kawan sekerja sahaja. Salamah pula belum terbuka hati kepada sesiapapun sebelum ini, dia terlalu sibuk dengan kerjanya, sehinggakan terlupa memikirkan soal percintaan, apalagi untuk mempunyai teman istimewa.
     Malam tu dia pulang dengan diikuti oleh Nuar sehingga ke perkarangan rumah, belum pernah lagi Nuar melayannya istimewa sebegitu sebelum ini. Hati Salamah begitu gembira, dia masuk sambil menyanyi-nyanyi kecil lagu kegemarannya. Sekarang, selain memikirkan soal kerja, dia juga perlu memikirkan soal masa depannya, soal masa depan antara dia dengan Nuar...

Saturday, December 18, 2010

     
     Semalaman aku tidak dapat memejamkan mata, ingatanku asyik terbayang-bayangkan situasi yang akan kuhadapi keesokan hari. Detik-detik permulaan profesion yang kupilih dan mendapat restu kedua ibu bapa tersayang. Serasakan tempoh dua tahun setengah berkursus untuk bergelar 'cikgu' begitu singkat bagiku, bila dikenangkan, banyak kenangan manis bersama rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah yang bertanggungjawab dan menjadi kesayanganku,terutamanya papa dan mama (keluarga angkatku). Kenangan tersebut tidak pernah terpadam.
     Tik tok, tik tok,jam ayamku berbunyi mengejutkan tidurku,aku rasakan baru sahaja nak pejamkan mata ...belum puas lagi tidurku, bisinglah...Ya Allah, dah pukul 6 pagi. Tak boleh jadi ni, terpaksa bersiap cepat, tak boleh tidur-tidur lagi, hari ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu, bagaimanakah agaknya sekolah tempat aku akan bertugas nanti. 
     Gedebab,gedebub,gementar hatiku bukan kepalang, sampai juga aku ke sekolah tersebut. Begitu cantik persekitaran sekolah ini, entah bagaimana kawan-kawanku di sini nanti.Guru Besarnya menyinga atau tidak, entah-entah tak ada yang hendak menegurku. 
     Aku kuatkan semangat, memasuki ruang pejabat sekolah untuk bertemu dan melapor diri kepada Guru Besarnya. Seorang yang baik hati dan sentiasa memberikan motivasi untuk guru-guru,begitu khabar yang kuterima sebelum ini. Semuanya berjalan dengan baik dan lancar.
     Bagaimana pula reaksi anak-anak muridku nanti, eee,tak malunya, belum apa-apa dah perasan ada anak murid. Hari pertama suaikenal dahulu, beberapa kelas dimasuki, alhamdulillah, berjalan lancar juga. Pasti seronok berada dan bertugas di sini nanti.
     Loceng telah berbunyi, menandakan sesi persekolahan hari pertama sudah tamat, aku pulang dengan perasaan gembira, gembira kerana kedatanganku disambut dengan tangan terbuka oleh semua guru di sini, paling seronoknya mereka semua peramah, hari pertama dah banyak bergurau denganku...
     Malam itu, aku tidur agak lewat untuk menyiapkan Buku Persediaan Mengajar, esok aku akan masuk ke kelas dengan pengajaran-pembelajaran pertamaku, sebagai seorang guru. Aku tahu masih banyak perkara yang perlu dipelajari di sekolah, banyak cabaran yang akan kutempuhi...untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi!





     
  
                                        Cuci mata nd minda!


                                                                            
                                                                     Tenang~~~

Friday, December 17, 2010

Esok pasti ada sinar untukku~~~

  
     Bersua dengan abang Haris pertama kali hari ini, adalah tidak disengajakan. Lina dalam keadaan kesuntukan masa tika itu,bergegas menuju ke sebuah bank untuk mengeluarkan duit dan memasukkan ke akaun adiknya yang belajar di sebuah pusat pengajian di Kuala Lumpur. Dia terlupa memasukkan duit tersebut bulan ini. Kasihan adiknya di sana.Terkejar-kejar Lina  mengejar masa, Dalam keadaan yang kecoh ,tiba-tiba,"Datang seorang je ke si cantik manis, boleh saya temankan?"Tersentak Lina! Wah,romantiknya suara tu detik hati Lina, sambil berpaling ke arah yang empunya suara! 
     Bulat mata Lina memandangnya, apa tidaknya, terpandangkan seorang jejaka yang begitu tampan dan segak, bermisai kemas, ibaratkan Datuk 'K', berkulit kuning langsat, berkumis kemas terjaga, siapa yang tidak melopong. Dengan ketinggian jangkauan 6 kaki, boleh dikategorikan dalam ukuran yang menjadi idaman para gadis, apalagi jejaka itulah yang menegur Lina tadi. Dalam keadaan yang masih panik, dengan senyuman mungilnya sudah cukup jawapan yang diberikan oleh Lina, menandakan ada respon.
     Perkenalan spontan, tidak disangka-sangka itu rupa-rupanya ada hikmah di sebaliknya. Jejaka tampan itulah yang menjadi idaman hatinya. Namun, kerana tidak mengetahui asal-usul apalagi belum pernah bertegur sapa, Lina pendamkan sahaja minatnya itu. Tidak disangka, abang Haris sendiri datang menegurnya.
     Lina ketawa kecil mendengar penerangan abang Haris. Rupa-rupanya Lina tidak bertepuk sebelah tangan. "Dah lama saya perhatikan saudari, entah dari manakah datangnya puteri ini, nak ditegur, ada keraguan, entah bersapa, entahkan tidak," luah abang Haris sambil ketawa perlahan. "Ermmm...suaranya menikam khalbuku! Kalau suaranya romantik,orangnya lebih romantik lagi agaknya,"detik hati Lina. "Sudikah tuan puteri menjadi teman hidup saya, mulai hari ini?"sambung abang Haris lagi. Merah padam wajah Lina yang sememangnya berkulit putih melepak. Kelu lidahnya untuk berkata-kata,"Mahu ke aku hendak menolak awak,wahai jejaka yang segak dan tampan, apalagi sememangnya menjadi igauanku siang dan malam selama ini?...bisik hati kecil Lina. Dia tersenyum mendengar lamaran abang Haris. Pucuk dicita, ulam mendatang...fikirnya. Lina yang masih panik, menjawab dalam bergurau, "Kalau kucing pintar nak tangkap ikan, ikan terus menjadi lemah, kerana air di dalam akuarium telah dikosongkan terlebih dahulu, ke manalah ikan itu hendak lari...ke mulut kucing juga alamatnya,"jawab Lina perlahan dan terus meninggalkan abang Haris. 
     Lina memandu pulang dengan hati yang riang sambil mendengar lagu yang diputarkan oleh DJ bertugas melalui  radionya. Hatinya melonjak-lonjak keriangan, Lina pasti esok masih ada sinar baginya...abang Haris idamannya pasti menjadi miliknya sekarang,insyaallah! Hilang segala kekalutannya pada hari itu. Tugasnya juga telah selesai. Dia pulang dengan tenang dan gembira!

     
     Kiranya hati sedang bersedih kerana perkara-perkara yang tidak disengajakan, sehingga mengganggu fikiran,usah dilayan, usah diulangi cerita tentangnya, carilah penawarnya,dengan zikir,mengingati Allah Taala dan jom cuci mata...jalan-jalan agar hati terhibur!



Nur hidupku...

     
     Peperiksaan STPM beberapa hari telah berakhir, Anis belum terfikir lagi apa yang perlu dilakukan untuk mengisi masa luangnya sehingga mengetahui keputusan peperiksaan itu nanti. Anis berpuas hati, dia telah menjawab dengan seberapa baik yang dia mampu. Semuanya berjalan lancar. Dia senyum memanjang sebaik sahaja selesai peperiksaan tersebut. Perbualan dengan abang Kamal bermain-main dalam ingatannya sekarang. Tentang apa yang hendak dilakukan nanti, dia akan fikirkan kemudian, kalau tidakpun Anis berhajat untuk menghadiri kursus untuk menambahkan lagi kemahiran Bahasa Inggerisnya.
     "Kalau ikutkan hati, abang berhajat nak langsungkan sahaja perkahwinan kita selepas peperiksaan STPM ni, itupun kiranya Anis bersetuju,"luah abang Kamal tika datang ke rumah Anis selepas 2 hari peperiksaan tamat. Mak yang dari tadi asyik mengemas rumah, hanya tersenyum sambil memandang abang Kamal. Anis sahaja yang kelihatan termanggu-manggu mendengar luahan abang Kamal tu. Terkejut seketika. "Mengapa terlalu cepat,mengapa tidak dilangsungkan pada tahun hadapan atau selepas Anis dah dapat kerja kelak," detik Anis di dalam hati,tanpa disuarakan kepada abang Kamal. Dia tahu abang Kamal sudah lama menunggunya, menunggu hari bahagia untuk mereka tinggal sebumbung. Lagipun pertunangan mereka.telah memakan masa selama setahun. "Diam tandanya dah setujukan,"bisik abang Kamal sambil senyum memanjang. Terkejut Anis! Suara Anis tak terkeluar untuk meluahkan apa sahaja yang difikirkan olehnya tadi. "Nanti keluarga abang datang untuk berbincang, tidak sabar rasanya abang menunggu hari bahagia tu,"luah abang Kamal dengan perlahan, mungkin bimbang akan didengari oleh emak. Tak tertahan aku mendengarnya, akhirnya terpaksa tergelak kecil. Entah mengapa,tiba-tiba hati Anis berubah,menurut sahaja apa yang dicadangkan oleh abang Kamal.  
     'Mama,mama,cepatlah,papa dah pulang, jom kita ajak papa bersiar-siar kat pantai,"terdengar suara manja anak perempuannya. Tersedar Anis dari lamunannya mendengar suara manja anak perempuannya yang telah berusia 3 tahun itu. Lantas tangan Anis dipegangnya dengan riang. Abang Kamal tersenyum girang melihat gelagat anak kesayangannya itu. Begitulah setiap hari gelagat anak manjanya itu sebaik sahaja mendengar enjin Honda putihnya memasuki perkarangan rumah. Abang Kamal bahagia dengan keluarganya. Bahagia punya isteri yang cantik, menyayangi, bertanggungjawab dan punya seorang anak perempuan yang petah dan pintar. Anis dan anak perempuannya ibaratkan penawar dan sumber inspirasi baginya walaupun sentiasa sibuk dengan tugasnya di pejabat. Hilang segala penat tatkala melihat telatah anak perempuan kesayangannya itu...
     
SEHEBAT, SEKAYA DAN SETINGGI MANA PANGKAT SESEORANG MANUSIA ITU DIRASAKAN OLEHNYA...HAKIKAT SEBENARNYA ALLAH TAALA LEBIH HEBAT MELEBIHI SEGALA-GALANYA MAKHLUK DI DUNIA INI~~~
SEMOGA ALLAH SENTIASA MELINDUNGI DIRI KITA DARI SEGALA BAHAYA, DAN SEMOGA KITA SENTIASA MENDAPAT RAHMATNYA DAN DIBERKATINYA...INSYAALLAH!
                        

Cinta Arisha...

  
     Jika ditanya sesiapa sahaja, apakah hasrat yang hendak dicapai kiranya cita-cita telah tercapai,dan kewangan sudah kukuh, sudah tentu ramai yang menjawab untuk membantu ibu bapa, membina rumah yang besar dan cantik,memiliki kereta besar,berkahwin, ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji, melancong dan sebagainya. Begitu juga dengan Arisha. Dari dulu lagi, dia ingin mengurangkan bebanan ayahnya untuk menyekolahkan adik-adiknya. Begitulah hasratnya sebaik sahaja dia menjejaki kaki ke universiti dahulu.
     Setiap hari dia berulang-alik ke sekolah tempat dia bertugas dengan menaiki sebuah kereta Myvi, berwarna hitam yang dibelinya sebaik sahaja memperoleh gaji pertama dahulu. Di sekolah, Arisha terkenal di kalangan guru-guru perempuan dan lelaki sebagai seorang yang bertanggungjawab dan berkepimpinan. Semua kerja yang diserahkan kepadanya dapat diselesaikan dengan baik.Di kalangan pelajar-pelajar pula dia terkenal dengan sifat penyayang dan ini telah membuatkan semua pelajar, sama ada pelajar lelaki atau perempuan amat menyayanginya. Justeru itu, Arisha telah 3 tahun berturut-turut dianugerahi gelaran 'Guru Paling Glamour,' di sekolahnya sempena sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. 
     Kesibukan tugasnya di sekolah sebagai seorang guru yang berwibawa dan rajin, membuatkan Arisha tidak sempat dan tiada masa langsung untuk memikirkan masa depannya. Dia sedikitpun tidak mengindahkan atau tidak kecil hati jika ada rakan-rakan menggiatnya. Dia menganggap semua gurauan itu sebagai hiburan dalam hidupnya. 
     Umur Arisha telah menjangkau 35 tahun.  Arisha tidak pernah memikirkan untuk berumahtangga atau mempunyai teman istimewa sebagaimana rakan-rakan yang seusia dengannya. Dia juga sering digelar 'andartu' oleh rakan-rakan sekampungnya atau guru-guru, walaupun gelaran itu sebenarnya tidak pernah hinggap ke telinganya. Mereka hanya sosek-sosek sesama mereka sahaja.
     Namun jauh di sudut hati Arisha, hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia hatinya. Kenangan kepada peristiwa yang telah berlaku dalam hidupnya semakin rancak bermain-main di kepalanya sejak akhir-akhir ini, disebabkan dia dimaklumkan bahawa terdapat seorang guru lelaki dari sekolah berhampiran yang begitu berminat untuk menyuntingnya. Ketika dikhabarkan berita itu, dia hanya menghadiahkan senyuman mungilnya kepada rakan yang membawa khabar itu, tanpa terdengar sebarang suara, sama ada hitam atau putih.
Kenangan bersama abang Rosli begitu berkesan dalam memorinya. Baginya abang Rosli terlalu ideal untuk dirinya, tidak boleh ditukar ganti atau ditandingi oleh sesiapa jua. Renungan romantik abang Rosli setiap kali Arisha bersua dengannya, terutama lirikan mata abang Rosli kepadanya tika dia berbual dengan abang Rosli amat menikam khalbunya, paling indah dan amat romantik baginya. 
     Hasrat untuk hidup bersama abanag Rosli hanya tinggal kenangan pabila perhubungan yang telah menjangkau usia 2 tahun itu, tiba-tiba diranap dengan berita abang Rosli telah meninggal dalam kemalangan jalanraya tika pulang dari menghadiri majlis perkahwinan rakan sekerjanya. Terkedu Arisha mendengar berita tersebut. Seolah-olah hanyalah khyalan dan impi baginya. Sukar untuk menerima kenyataan bahawa abang Rosli telah meninggalkannya dan tidak akan kembali lagi. Abang Rosli telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 2 lagi rakan sekerja yang menaiki kereta yang sama telah cedera parah dan tidak sedarkan diri.
     Entah bagaiman hendak digambarkan keadaan Arisha tika mendapat kabar berkenaan, seolah-olah badannya hanya di awang-awangan, tidak berfungsi, terkejut dan kehilangan sesuatu, kehilangan seseorang yang amat disayanginya.Seseorang yang menjadi sumber inspirasi dalam hidupnya selama ini.
     Peristiwa yang telah dihadapi itu amat berkesan kepada Arisha. Sukar hendak dipulihkan, apalagi ingin menukargantikan abang Rosli yang telah tiada itu dengan jejaka lain. Arisha sendiri telah berazam untuk menyendiri seumur hidupnya lantaran peristiwa tersebut.
     Hanya Allah Yang Maha Berkuasa...dan Maha Mengetahui takdir hidupnya kelak!



CERIAKAN DIRI ANDA,
HATI SENANG...

    
    Kiranya di dalam keresahan, berzikirlah anda...moga hati                
                  sentiasa dalam ketenangan dan ceria!

Semoga anda ceria dan gembira selalu!