Sunday, November 28, 2010
NAMUN TIADA PERPISAHAN...
Damainya kurasakan hari ini,hatiku melonjak kegembiraan, serasakan ingin sahaja kulaungkan atau memberitahu sesiapa sahaja yang kukenal,...
Namun, kutabahkan dan sematkan perasaan sabarku kuat-kuat...
Beberapa malam yang lalu,tika semua ahli keluarga sedang relax dan asyik menonton, tiba-tiba ayah yang dari tadi asyik dengan suratkhabarnya bersuara...semua mata terus tertumpu kepada ayah.
Bila ayah minta kami semua mendengar baik-baik apa yang akan diperkatakan olehnya,semua terus tercengang.
Aku pula yang dari tadi asyik menonton cerita bersiri kegemaranku, terus memasang telinga...tidak sabar rasanya bila ayah seolah-olah sengaja hendak menimbulkan suspen pula...
"Esok ayah akan bertukar tempat kerja, dan dinaikkan pangkat juga...,"lambat-lambat ayah bercakap.
"Kalau boleh, ayah nak bawa kelima-lima anak ayah ke tempat baru tu...,"sambung ayah.
Melopong kami, apalagi dah berada di sini bertahun-tahun lamanya,sejak dari kecil,terasa sayang hendak meninggalkan rumah ini. Entah kenapa,tiba-tiba aku sendiri terasa sedih dan pilu, aku terpaksa berpisah dengan semua rakan,apalagi orang yang paling aku sayangi dalam hidup ini. Terasa mulut ingin bersuara agar ayah membenarkan aku terus tinggal di sini,lagipun mak saudara, iaitu kakak kepada ayah tinggal bersebelahan rumahku. Aku belum bersedia untuk mengikut kelauarga berpindah...terasa hendak meraung agar ayah mendengarnya, namun mulutku terkunci,lidahku kelu...bimbang ayah tidak bersetuju dengan pendapat dan permintaanku nanti...
Cuma tinggal 3 hari sahaja lagi, aku seperti sudah hilang punca,kebetulan pagi-pagi lagi Adz telefon menyatakan ingin memaklumkan sesuatu yang penting kepadaku. Adz tidak mahu memaklumkan perkara itu melalui telefon.walaupun berkali-kali aku mendesaknya, kerana ianya amat penting bagi kami.
Hendak tak hendak,aku akur semuanya...
Setelah berbual beberapa lama, akhirnya Adz bersuara, "Adz terpaksa tinggalkan Yana buat sementara waktu, kerana terpaksa terima jawatan yang ditawarkan, cuma yang menjadi masalahnya,jawatan yang ditawarkan bukan di sini, tetapi di Johor." Terkejut aku, tiba-tiba sahaja segala masalah yang membelenggu diriku dalam seminggu ini, terlerai...aku terus tersenyum kepada Adz, tanpa membayangkan kegelisahan atau kesedihan. Terkejut dan tercengang-cengang Adz dengan perubahan diriku ini...apalagi, aku terus memaklumkan kepada Adz perkara yang sebenarnya, tentang pertukaran ayah.
Adz kelihatan gembira semula, tiada lagi murung tergambar di wajahnya,sama seperti aku juga. Di dalam hati,aku bersyukur kepada Allah S.W.T.kerana jodoh kami masih kuat, tiada perpisahan yang akan berlaku. Kami sama-sama akan bertolak ke Johor sebagaimana perancangan ayah, walaupun Adz terpaksa bertolak awal sehari, dari tarikh yang dirancangkan.
Itulah takdir Allah S.W.T, siapa tahu, begini kisahnya...kami tidak akan berpisah rupanya...Allah Maha Mengetahui dan Menyayangi umatnya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment