![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiZ1zcQG8dNcx4GlP2lly_TqSSdxvaHGsbbKLdQmzMRqvMrIHhkamUVbY-sz-JtKSdqehBhBkfrI4aklt2rVtzT5_BRxnLhIzDLNyemV55FZjoCL8tPyalWeWBcdnEUbvUIC6_ZYGT9sQ/s1600/30472_131872446841268_100000555408585_269721_230209_s.jpg)
"Kalau boleh saya hendak jadikan awak sahabat sejati saya selama-lamanya, saya rasa awak tidak sama dengan orang lain, bersama awak setenang-tenang jiwa saya rasakan.Awak tempat saya mengadu apa-apa sahaja selama ini, teman tika saya bersedih,apalagi tika dalam kegembiraan, saya rasa tidak ada masalah untuk terus berkawan dengan awak, semoga kekal selama-lamanya,"begitulah antara kata-kata Azlan yang masih terngiang-ngiang di telingaku dan diingati hingga sekarang.
Kesedihan melanda diri tidak terhingga bila kukenang segala-galanya. Persahabatan yang kuharapkan jua akan kekal selama-lamanya. Segala-galanya musnah bak, 'kaca terhempas ke lantai.'
"Saya perkenalkan ni kawan saya.Erina, dan kami akan melngsungkan perkahwinan tidak lama lagi,ni kad jemputan untuk awak, Ima,datang ya!"kata Azlan. Begitulah antara kata-kata Azlan kepadaku pada hari itu. Terkejut aku bukan kepalang, namun ku sembunyikan segala-galanya dengan senyum manis dan kegembiraan yang dibuat-buat.
"Oh, bolehlah makan nasi minyak istimewa nanti ya, dah lama saya tunggu, tak kempunanlah,tiba juga hari yang dinanti-nantikan,tahniah untuk kamu berdua, semoga berbahagia,"kataku mengusi Azlan dan Erina.
Jauh di sedut hatiku, hanya Allah Yang Mengetahui, betapa aku terkejut apabila mendengar berita itu. Tahukah awak, selama ini betapa aku menyayangi awak, Azlan, bisik hatikecilku.Serasakan hendak sahaja aku meraung-raung apabila mendengar berita istimewa daripada Azlan pada hari itu.
Dalam diam,rupanya persahabtan yang dijalin selama ini hanyalah sampingan sahaja.Penghibur hatinya tika masa terluang. Persahabatan untuk memenuhi sikapnya yang gemar berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku tersilap rupanya, ku anggap persahabatan yang akrab selama ini, merupakan persahabatan yang akan membawaku ke jinjang pelamin,kerana kami betul-betul sesuai, tidak pernah sekalipun aku tersentuh hati atau terasa dengan gaya atau layanan Azlan selama kami berkawan.Ini membuatkan aku terpikat dalam diam-diam kepadanya. Namun semuanya hanyalah impian kosong yang memilukan hatiku.
"Apa yang dimenungkan ni, sedih je, sayang hendak meninggalkan kampung halaman ke?"bisik Amri. Tersentak aku dari segala kenangan manis dan pahit selama ini.Amri dah tiba rupa-rupanya. Malunya aku, mungkin dari tadi dia memerhatikan gelagatku. Mengelabah sebentar aku dibuatnya.
"Tidak ada pa-apalah, saje je, teringatkan mak dan ayah, macamanalah mereka nanti ya apabila saya tiada di rumah, tentu kesunyian,"beritahuku kepada Amri."Pesawat dah tiba, jom ke pusat pemeriksaan, dah dipanggil oleh petugas tu, "kataku.Dapat juga aku memberi alasan untuk mengawal keadaan. Kami bangun serentak bersalaman dengan mak,ayah,adik-beradik, rakan-rakan dan menuju ke laluan pemeriksaan.
Biarlah segala kenangan itu hanya aku sahaja yang tahu dan mengingatinya, mungkin di hadapan ada sinar yang menanti...selamat tinggal semua,selamat tinggal segala yang kusayangi...
No comments:
Post a Comment