Sunday, November 28, 2010

Kasihku,sayangku...tahukah engkau!

     Pagi Rabu, yang tenang dan damai,tatkala Noni sibuk mengemas dan membuka pintu hadapan rumahnya, Amri sudah berada di beranda rumahnya. Sebelum sempat Noni membuka mulut kerana terkejut dengan kehadiran seorang yang bernama jejaka ke rumahnya, Amri sudah bersuara, tanpa melangkahkan kaki masuk ke dalam, cukup baginya,walaupun masih berada di beranda rumah Noni.
"Noni, aku datang untuk memberitahu, bahawa satu-satunya orang yang sentiasa bertakhta di hatiku, dan aku amat cintakan adalah kau!"
     Begitu terkejut,gugup dan longlai badan Noni seketika mendengar ucapan tersebut.Belum pernah lagi seumur hidupnya, ada lelaki menyuarakan sebegitu kepadanya. Terasa malupun ada, tiba-tiba juga perasaannya kepada Amri bertukar dari seorang sahabat kepada satu perasaan lain.Terasa kelainannya. Dalam hatinya,sebetul-betulnya tersangat gembira dengan luahan Amri itu tadi. Merah padam dan tebal terasa pipinya berhadapan dengan Amri. Terketar-ketar seketika,mungkin kerana terkejut dengan luahan Amri itu.
     "Noni, berilah aku kepastian, katakanlah apa yang tersirat di hatimu, aku ingin mendengar kepastian daripadamu saat ini juga," luah Amri dengan nada seolah-olah merayu.
     Oh Amri!Tahukah kau bahawa selama ini, aku begitu memendam sesuatu daripadamu,tahukah kau betapa kasih dan sayangnya aku kepadamu?Tidakkah kau perasaan selama ini bahawa betapa aku menyayangimu, begitu cepat hatiku berbisik. Beberapa ketika aku terdiam dan melayang perasaan sehinggalah Amri bersuara semula. "Okeylah Noni, nanti saya datang semula...." Tersedar aku dari lamunan tadi, entah apa hendakku cakap kepada Amri.
     Amri terus berlalu, setelah mengucapkan salam kepadaku. Aku melihat ssahaja Amri berlalu. Mengapakah mulut aku tadi tidak terkeluar suara kepada Amri? Mengapakah bibir ini tidak tergerak untuk mengucapkan kepada Amri bahawa selama ini dia tidak 'bertepuk sebelah tangan'? ...Ahhhggg, kacau fikiranku seketika, namun hatiku begitu gembira hari ini.Tidak sabar rasanya untuk menunggu kehadiran Amri buat kali keduanya,hadir dengan menerima berita yang amat menggembirakan hatinya juga.Yang penting sekarang,maka dan ayah perlu tahu juga segala-galanya. Aku tidak mahu membelakangkan mereka! Aku menanti dengan penuh kesabaran dan kegembiraan...



No comments:

Post a Comment