Tuesday, November 30, 2010

Selamat Hari Lahir...~~~


untuk semua rakan Facebook dan pengunjung 'Laman Cuitan Santai-santai Honey Pink Rose,'~~~

***Semoga semua dipanjangkan umur, murah rezeki,dilapangkan dada,ceria,gembira,dipermudahkan untuk menerima ilmu  Allah s.w.t. dan ilmu berkaitan dengan kerjaya masing-masing, insyaAllah!
 Menuntut ilmu yang baik adalah mendapat keberkatan dan sinar dalam kehidupan semua dengan keberkatan daripada Allah s.w.t!
InsyaAllah...
Honey Pink Rose~~~
 Perkhemahan  Jun 2010







Monday, November 29, 2010

Di hadapan masih ada sinar yang menanti...

  
     Dah hampir 3 tahun rupanya,masa berlalu begitu pantas, terkenang semula aku detik permulaan perkenalan kami. Begitu membahagiakan, namun kini segala-galanya hanyalah kenangan sahaja.
"Kalau boleh saya hendak jadikan awak sahabat sejati saya selama-lamanya, saya rasa awak tidak sama dengan orang lain, bersama awak setenang-tenang jiwa saya rasakan.Awak tempat saya mengadu apa-apa sahaja selama ini, teman tika saya bersedih,apalagi tika dalam kegembiraan, saya rasa tidak ada masalah untuk terus berkawan dengan awak, semoga kekal selama-lamanya,"begitulah antara kata-kata Azlan yang masih terngiang-ngiang di telingaku dan diingati hingga sekarang.
     Kesedihan melanda diri tidak terhingga bila kukenang segala-galanya. Persahabatan yang kuharapkan jua akan kekal selama-lamanya. Segala-galanya musnah bak, 'kaca terhempas ke lantai.'
    "Saya perkenalkan ni kawan saya.Erina, dan kami akan melngsungkan perkahwinan tidak lama lagi,ni kad jemputan untuk awak, Ima,datang ya!"kata Azlan. Begitulah antara kata-kata Azlan kepadaku pada hari itu. Terkejut aku bukan kepalang, namun ku sembunyikan segala-galanya dengan senyum manis dan kegembiraan yang dibuat-buat.
"Oh, bolehlah makan nasi minyak istimewa nanti ya, dah lama saya tunggu, tak kempunanlah,tiba juga hari yang dinanti-nantikan,tahniah untuk kamu berdua, semoga berbahagia,"kataku mengusi Azlan dan Erina.
     Jauh di sedut hatiku, hanya Allah Yang Mengetahui, betapa aku terkejut apabila mendengar berita itu. Tahukah awak, selama ini betapa aku menyayangi awak, Azlan, bisik hatikecilku.Serasakan hendak sahaja aku meraung-raung apabila mendengar berita istimewa daripada Azlan pada hari itu.
     Dalam diam,rupanya persahabtan yang dijalin selama ini hanyalah sampingan sahaja.Penghibur hatinya tika masa terluang. Persahabatan untuk memenuhi sikapnya yang gemar berkawan dengan sesiapa sahaja. Aku tersilap rupanya, ku anggap persahabatan yang akrab selama ini, merupakan persahabatan yang akan membawaku ke jinjang pelamin,kerana kami betul-betul sesuai, tidak pernah sekalipun aku tersentuh hati atau terasa dengan gaya atau layanan Azlan selama kami berkawan.Ini membuatkan aku terpikat dalam diam-diam kepadanya. Namun semuanya hanyalah impian kosong yang memilukan hatiku.
     "Apa yang dimenungkan ni, sedih je, sayang hendak meninggalkan kampung halaman ke?"bisik Amri. Tersentak aku dari segala kenangan manis dan pahit selama ini.Amri dah tiba rupa-rupanya. Malunya aku, mungkin dari tadi dia memerhatikan gelagatku. Mengelabah sebentar aku dibuatnya.
"Tidak ada pa-apalah, saje je, teringatkan mak dan ayah, macamanalah mereka nanti ya apabila saya tiada di rumah, tentu kesunyian,"beritahuku kepada Amri."Pesawat dah tiba, jom ke pusat pemeriksaan, dah dipanggil oleh petugas tu, "kataku.Dapat juga aku memberi alasan untuk mengawal keadaan. Kami bangun serentak bersalaman dengan mak,ayah,adik-beradik, rakan-rakan dan menuju ke laluan pemeriksaan.
     Biarlah segala kenangan itu hanya aku sahaja yang tahu dan mengingatinya, mungkin di hadapan ada sinar yang menanti...selamat tinggal semua,selamat tinggal segala yang kusayangi...

                                                             

Selayang renungan dan sekilas tatapan...sebagai panduan!



~~~Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan kecantikan kamu, tetapi melihat kepada niat dan keikhlasan hati kamu," (Hadis Riwayat Muslim)


~~~Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya,
"Sesiapa yang suka diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menghubungkan dan mengeratkan tali silaturrahim," (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)


~~~Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya,
"Sebaik-baik jiran di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling baik hubungannya dengan jiran tetangga."
(Hadis Riwayat Attarmizi)
~~~Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya,
"Sesiapa yang mneghulurkan kepadamu satu kebaktian maka balaslah semula kepadanya, jika kamu tiada apa yang hendak dibalas,maka berdoalah untuknya." (Hadis Riwayat Attabrani)


~~~Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya,
"Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua urusan." (Hadis Riwayat Bukhari)


Sunday, November 28, 2010

Kata-kata penyejuk minda...~~~

                          'Tanpa kasih sayang,tiada cinta'                                                                                        
  
      'Cinta itu amat indah untuk diluahkan...'


        'Cinta dan kasih sayang membahagiakan'


 'Sayangi dan cintailah diri sendiri terlebih 
               dahulu,sebelum             
            menyayangi orang lain...'


         'Hari-hari yang dilalui kiranya ada yang menyayangi...'
                        
             'Cinta membahagiakan'


                 'Sayangilah orang yang bersedia
              menyayangi  kita'


                     'Bercinta biarlah ikhlas'

                   'Cinta tidak mengenal usia'


                                                                                    


   'Kasih sayang antara kedua insan boleh  
          melalaikan segala-galanya      
            jika tiada keimanan'



                                                

Kasihku,sayangku...tahukah engkau!

     Pagi Rabu, yang tenang dan damai,tatkala Noni sibuk mengemas dan membuka pintu hadapan rumahnya, Amri sudah berada di beranda rumahnya. Sebelum sempat Noni membuka mulut kerana terkejut dengan kehadiran seorang yang bernama jejaka ke rumahnya, Amri sudah bersuara, tanpa melangkahkan kaki masuk ke dalam, cukup baginya,walaupun masih berada di beranda rumah Noni.
"Noni, aku datang untuk memberitahu, bahawa satu-satunya orang yang sentiasa bertakhta di hatiku, dan aku amat cintakan adalah kau!"
     Begitu terkejut,gugup dan longlai badan Noni seketika mendengar ucapan tersebut.Belum pernah lagi seumur hidupnya, ada lelaki menyuarakan sebegitu kepadanya. Terasa malupun ada, tiba-tiba juga perasaannya kepada Amri bertukar dari seorang sahabat kepada satu perasaan lain.Terasa kelainannya. Dalam hatinya,sebetul-betulnya tersangat gembira dengan luahan Amri itu tadi. Merah padam dan tebal terasa pipinya berhadapan dengan Amri. Terketar-ketar seketika,mungkin kerana terkejut dengan luahan Amri itu.
     "Noni, berilah aku kepastian, katakanlah apa yang tersirat di hatimu, aku ingin mendengar kepastian daripadamu saat ini juga," luah Amri dengan nada seolah-olah merayu.
     Oh Amri!Tahukah kau bahawa selama ini, aku begitu memendam sesuatu daripadamu,tahukah kau betapa kasih dan sayangnya aku kepadamu?Tidakkah kau perasaan selama ini bahawa betapa aku menyayangimu, begitu cepat hatiku berbisik. Beberapa ketika aku terdiam dan melayang perasaan sehinggalah Amri bersuara semula. "Okeylah Noni, nanti saya datang semula...." Tersedar aku dari lamunan tadi, entah apa hendakku cakap kepada Amri.
     Amri terus berlalu, setelah mengucapkan salam kepadaku. Aku melihat ssahaja Amri berlalu. Mengapakah mulut aku tadi tidak terkeluar suara kepada Amri? Mengapakah bibir ini tidak tergerak untuk mengucapkan kepada Amri bahawa selama ini dia tidak 'bertepuk sebelah tangan'? ...Ahhhggg, kacau fikiranku seketika, namun hatiku begitu gembira hari ini.Tidak sabar rasanya untuk menunggu kehadiran Amri buat kali keduanya,hadir dengan menerima berita yang amat menggembirakan hatinya juga.Yang penting sekarang,maka dan ayah perlu tahu juga segala-galanya. Aku tidak mahu membelakangkan mereka! Aku menanti dengan penuh kesabaran dan kegembiraan...



Aneka Bentuk Sabun...cuci-cuci mata,tenangkan minda~~~













Luangkan masa dengan menanam tanaman penghias taman...



 





NAMUN TIADA PERPISAHAN...

  

       Damainya kurasakan hari ini,hatiku melonjak kegembiraan, serasakan ingin sahaja kulaungkan atau memberitahu sesiapa sahaja yang kukenal,...
Namun, kutabahkan dan sematkan perasaan sabarku kuat-kuat...
Beberapa malam yang lalu,tika semua ahli keluarga sedang relax dan asyik menonton, tiba-tiba ayah yang dari tadi asyik dengan suratkhabarnya bersuara...semua mata terus tertumpu kepada ayah.
Bila ayah minta kami semua mendengar baik-baik apa yang akan diperkatakan olehnya,semua terus tercengang.
     Aku pula yang dari tadi asyik menonton cerita bersiri kegemaranku, terus memasang telinga...tidak sabar rasanya bila ayah seolah-olah sengaja hendak menimbulkan suspen pula...
"Esok ayah akan bertukar tempat kerja, dan dinaikkan pangkat juga...,"lambat-lambat ayah bercakap.
"Kalau boleh, ayah nak bawa kelima-lima anak ayah ke tempat baru tu...,"sambung ayah.
Melopong kami, apalagi dah berada di sini bertahun-tahun lamanya,sejak dari kecil,terasa sayang hendak meninggalkan rumah ini. Entah kenapa,tiba-tiba aku sendiri terasa sedih dan pilu, aku terpaksa berpisah dengan semua rakan,apalagi orang yang paling aku sayangi dalam hidup ini. Terasa mulut ingin bersuara agar ayah membenarkan aku terus tinggal di sini,lagipun mak saudara, iaitu kakak kepada ayah tinggal bersebelahan rumahku. Aku belum bersedia untuk mengikut kelauarga berpindah...terasa hendak meraung agar ayah mendengarnya, namun mulutku terkunci,lidahku kelu...bimbang ayah tidak bersetuju dengan pendapat dan permintaanku nanti...
       Cuma tinggal 3 hari sahaja lagi, aku seperti sudah hilang punca,kebetulan pagi-pagi lagi Adz telefon menyatakan ingin memaklumkan sesuatu yang penting kepadaku. Adz tidak mahu memaklumkan perkara itu melalui telefon.walaupun berkali-kali aku mendesaknya, kerana ianya amat penting bagi kami.
Hendak tak hendak,aku akur semuanya...
      Setelah berbual beberapa lama, akhirnya Adz bersuara, "Adz terpaksa tinggalkan Yana buat sementara waktu, kerana terpaksa terima jawatan yang ditawarkan, cuma yang menjadi masalahnya,jawatan yang ditawarkan bukan di sini, tetapi di Johor." Terkejut aku, tiba-tiba sahaja segala masalah yang membelenggu diriku dalam seminggu ini, terlerai...aku terus tersenyum kepada Adz, tanpa membayangkan kegelisahan atau kesedihan. Terkejut dan tercengang-cengang Adz dengan perubahan diriku ini...apalagi, aku terus memaklumkan kepada Adz perkara yang sebenarnya, tentang pertukaran ayah. 
     Adz kelihatan gembira semula, tiada lagi murung tergambar di wajahnya,sama seperti aku juga. Di dalam hati,aku bersyukur kepada Allah S.W.T.kerana jodoh kami masih kuat, tiada perpisahan yang akan berlaku. Kami sama-sama akan bertolak ke Johor sebagaimana perancangan ayah, walaupun Adz terpaksa bertolak awal sehari, dari tarikh yang dirancangkan.
     Itulah takdir Allah S.W.T, siapa tahu, begini kisahnya...kami tidak akan berpisah rupanya...Allah Maha Mengetahui dan Menyayangi umatnya!

Ha'ah...sambil santai-santai,apa menu tuk minum petang ni, dapnye kalau ada kuih-muih...nyummm3~~~


Sambil santai-santai...~~~








Nikmatilah aneka kuih-muih nd pencuci mulut...

Jika cinta sudah menyapa...




          'Jika 'CINTA,' sudah datang,kita tidak mampu menolak kerana itu semua adalah anugerahNya.Bersyukur dan berhati-hatilah menjaganya...' Itulah antara beberapa ayat yang tidak dapat kulupakan yang terdapat di dalam novel yang telah kubaca...
Tatkala cinta sudah datang menyapa, hati sentiasa kerinduan,apalagi menyayangi seseorang,menyayangi kerana diri telah disayangi, seolah-olah 'dunia ini kita aje yang punya,'... Kerinduan mengusik jiwa,siang malam hanyalah mengingati orang yang disayangi...
Namun dalam keasyikan 'cinta,' kita perlu memperkuatkan semangat dan keimanan kita dengan berzikir dan mengingati Allah swt!!! Tidak dinafikan dalam keasyikan cinta tersebut,kita seolah-olah terlalai dengan segala-galanya,dek kerana kerinduan dan menyayangi orang yang disayangi...kalau boleh,ingin sentiasa bersama atau bersua!
Oleh itu,ubat atau penawar segala-galanya hanyalah dengan mengingati Allah s.w.t,berzikir dan menambahkan lagi keimanan kita...insyaAllah,segala-galanya menjadi penguat semangat!
Agar ...(insyaAllah,jumpa lagi di lain masa...!)~~~Laman Cuitan Santai-santai Honey Pink Rose...

SELAMAT BERSUA,TENANG ND CERIA-CERIA SELALU...!!!

Assalamualaikum...dan~~~
Segala puji dan syukur kepada Allah s.w.t....
Selamat bersua,semoga  ceria nd hepi selalu hendakNya,tatkala bersama dengan  'Laman Cuitan Santai-santai Honey Pink Rose,'semoga fikiran yang kusut kembali tenang tika bersantai-santai bersama Honey Pink Rose...apa-apa sahaja bahan,hasil penulisan atau bahan cuitan yang terdapat di laman santai ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan sesiapa jua sama ada yang masih hidup atau meninggal dunia...! Kiranya ada yang terasa,tersinggung, sedih, pohon ribuan kemaafan,kerana ini sekadar hasil penulisan,tiada yang tersirat atau tersurat,okay! Hanyalah untuk santai-santai nd cuitan semata-mata!
Semoga tatkala bersama laman cuitan santai-santai Honey Pink Rose ini akan memberi ketenangan kepada kalian...selamat bersantai! Ceria selalu!
Selamat datang...