Wednesday, September 14, 2011

SELAGI ADA SEMANGAT...

     
      Keriangan jelas tergambar pada wajah Alia. Semua kerja rumahnya telah beres,dia bercadang untuk ke pusat membeli-belah. Selagi semua kerja yang hendak dibuat belum beres, selagi itulah hatinya gelisah. Dalam kepenatanpun, dia cuba bereskan, kini hatinya dah senang, dah tenang semula fikirannya, semuanya telah dapat dibereskan...

      Dia dah janji dengan Ummu Amilah untuk ke pusat membeli-belah, berhari-hari dia tak keluar rumah. Runsing banyak kerja perlu dibereskan. 

      Beberapa minit menunggu, tetiba terdengar bunyi enjin motorsikal. Alia segera bangun menjenguk, dia tahu bukan Ummu Amilah, biasanya Ummu akan datang menaiki kereta MyVi putihnya. Rupa-rupanya dari jauh dari pemandu motorsikal berkenaan sudah menjangka apa yang akan berlaku. Pakcik posmen kesayangannya. Ada beberapa pucuk surat dihulurkan, dan ada sekeping untuknya. Entah daripada siapa.
Wow...dari Kementerian Pelajaran Malaysia ni! Detik hatinya, entah apa isinya...Alia mengucapkan terima kasih kepada pakcik posmen kesayangannya, yang kelihatan sudah bersedia untuk berlalu ke lokasi seterusnya.


      Makkkkk,ayahhhhh!!! Alia dah berjayalah...alhamdulillah! Mendengar suara teriakan Alia, kedua orang ibu bapanya segera berlari anak menuju ke arah Alia. Mereka panik sekejap mendengar teriakan Alia. Entah apa yang telah berlaku.

      Melihat ibu dan bapanya, Alia segera memeluk mereka, sambil menangis kegembiraan. Alia dah berjaya untuk masuk universiti mak,ayah! Tercapai juga hasrat Alia kali ini...alhamdulillah! Tidak sabar rasanya untuk memaklumkan kepada abang long dan kak ngah...
Melihat telatah Alia, kedua-dua ibu dan bapanya pandang-memandang sambil senyum, senyum kerana melihat kegembiraan anak kesayangan mereka, senyum kerana hasrat mereka selama ini juga telah termakbul!
Mereka tahu Alia telah bersusah-payah agar cita-citanya tercapai, mereka juga sentiasa memberi dorongan dan perangsang, selagi semangat Alia masih ada...

Sunday, September 11, 2011







SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KEKAWAN YANG MELANGSUNGKAN PERKAHWINAN DAN MEMBINA MAHLIGAI INDAH...!!! TAHNIAH,MOGA BERBAHAGIA HINGGA KE ANAK-CUCU!!!
Assalamualaikum semua...
Apa khabar hari ini,moga hari ini lebih baik dari semalam...
Moga hari ini juga hari yang penuh keberkatan untuk semua!


SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL...
HEPI-HEPI DAN CERIA-CERIA SELALU...
SEMOGA SYAWAL PADA TAHUN INI MEMBAWA LEBIH KEBERKATAN DAN KEBAHAGIAAN...!!!